~Follow Me~

28 March, 2010

aku kembali...

28 March, 2010 www.tips-fb.com
dah lama aku xmenulis...
nak kata sibuk xde la sibuk sgt..
cuma sekarang nie mood utk menulis 2 xde lagi..
nie pon bru jap td rasa nak menulis setelah sekian lama menyepi...
apa kisah terbaru aku?
banyak sgt...

pertama...
14hb march 2010,
for the first time aku kluar date ngan syukri..
my recent and latest boyfriend...
huhu...
kenangan terindah lah pd aku saat nie...
dia mmg lelaki yg baik, dia xpenah kisah aku gmuk n xlawa..
dia terima aku seadanya..
aku tkut gak kalau2 lps jumpa aku dia akan mntak clash, tp sebaliknya berlaku..
lepas jumpa aku, makin dia syg aku bertambah-tambah plak..
macam2 benda dia bagi kat aku msa first date kitorg,
perfume, facial cleanser, body scrub..
dia kata dia nak aku nmpak cantik supaya xde lagi org yg pandang aku sebelah mata..
aku terharu sgt2..
ikut kan hati dia mcm2 benda dia nak beli, tapi aku bising..
aku ckp jgn membazir duit utk aku, aku xsuka..
aku nak dia simpan duit..
sbb dia kata dia nak beli kereta..
wlpn kitorg juz jalan2 sampai kaki pon sakit2, tapi aku bahagia sgt2..
dia sgt2 lah over-protective..
aku xblh berjalan jauh dri dia..
dia risau sbb aku pgg handbag..
takut kena ragut..
aku ikut jela..
seronok rasanya bila ada org syg n jaga kita...
masa kitorg masing2 dah nak balik..
aku menangis..

xtaw knp aku nangis..
aku sedih sgt sbb aku belum puas bersama dia..
tapi xpelah..
11hb april nie kitorg nak date lg..
xsabarnyerrr...

kedua..
sepanjang 3minggu nie (8/3/10- 26/3/10) aku posting oncology..
atau commonly known as cancer..
macam2 jenis cancer yg aku jumpa..
blh dikatakan dri hujung rambut smpai hujung kaki..
takut jgk, sbb wlpn xde family history of cancer tp still ada chances utk dpt cancer..
bila dah dpt cancer kena plak jalani rawatan chemotherapy ngan radiation therapy..
side effects of both treatments jgn cakapla..
dri nausea, fatigue, alopecia sampaila ke cardiotoxicity..
azab btol aku tgk patient2 kat cni..
ada jgk yg dah stage 4 bru dpt taw ada cancer sbb cancer nie jarang menunjukkan sign & symptoms..
taw2 je mereka cuma ada masa 2 atau 3 tahun lagi utk hidup..
takutkan?
cancer prognosis kalu yg dah stage 4 mmg poor..
mmg tunggu ajal jela..
sepanjang aku posting, ada 3 org patient yg aku kenal dah pergi menghadap Illahi..
sedih mmg sedih tapi kalau itu sudah ketentuan dan suratanNya..
kita kena la redha..
pengajaran yg paling berharga spnjang aku posting kat cni adalah..
1) mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit
- bila dah sakit, nak beramal ibadah pon susah, nak makan susah n hidup bnyak
terpaksa menyusahkan org..
2) memanfaatkan masa hidup dengan sebaik mungkin
- dengan cara meningkatkan ibadah dan amalan kepada Allah sebab kita xtaw bila
kita akan mati..
- xsemestinya dah tua baru mati, yg muda remaja even kanak2 pon blh mati kalau
itu yg Allah telah tetapkan..
- "..kematian itu tidak akan dipercepatkan walau sesaat dan tidak pula
diperlambatkan walau sesaat.."

ketiga...
hari selasa nie (30/3/10)..
kitorg satu kelas akan terlibat dgn program komuniti ke sekolah rendah di sri petaling..
menggantikan program komuniti yg sepatutnya berlangsung di sepang utk pelajar sekolah menengah sekitar tanjung karang..
ada masalah ngan org yg bg sponsor so terpaksa join program nie..
utk program nie aku jd penceramah utk murid2 tahun 1,2, dan 3 utk cerita pasal amalan hidup sihat..
tp more focus on makanan sihat..
xsiap lg slide show nie..
malas betul nak buat..
jap lg la buat..
malam nie nak kluar dinner ngan kengkawan roadshow..
puan faiz nak belanja..
xtaw la g makan kat mane..
nanti aku gtaw erk malam nie aku g mane..

k la..
aku chow dlu..
nanti bertemu lagi..
Assalamualaikum.... tekan like taw

1 tukang komen

09 March, 2010

Forgive Me When I Whine.........

09 March, 2010 www.tips-fb.com
Just nak kongsi lirik lagu yg aku minat....
Today, upon a bus I saw a girl with golden hair,
And in my heart I wished that I was just as fair
When suddenly she rose to leave, I saw her hobble down the aisle
She had one leg and wore a crutch, but as she passed, a smile
Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine
I have 2 legs to walk upon and the world is mine

I stopped to buy some candy
met a boy who had such charm
We talked, he seemed so happy
if I were late, it do no harm
And as I left, he said to me
“Thank you, you’ve been so kind
It’s nice to talk with folks like you
You see,” he said, “I’m blind”
Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine
I have 2 eyes to see the world and the world is mine.

Later that day on my way
I saw a boy with eyes of blue
He watched the other children play
he did not know what to do
I stopped a moment, then I said
“Why don’t you join the others, dear?”
He kept on looking straight ahead and then I knew he could not hear
Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine
I have 2 ears to hear the world and world is mine


With legs to take me where I’d go
With eyes to see the sunset glow
With ears to hear what I’d know
Oh the world is mine

I stopped for a moment
just look how much I have
Everywhere, in all our lives, these are His signs

Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine
I have two legs to walk upon, and the world is mine
Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine
I have two ears to hear the world
and the world is mine

tekan like taw

0 tukang komen

~renungan~ Lelaki vs Wanita

www.tips-fb.com
LELAKI MEMBIMBING WANITA

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” Surah An-Nisaa` (ayat 34)



Fakta – “Wanita sempit akal dan mudah terbawa emosi”

1) Sangat mudah untuk membuat wanita bermimpi dengan janji2 oleh itu jangan kamu tawarkan ikatan yang bernama TAARUF bila kamu benar2 belum sedia akan situasinya.
2) Mereka (wanita) akan muncung disapa, membuang muka kalau dipuji tetapi terselit perasaan bangga yang suka diperhatikan.
3) Diantara mereka ada golongan MARYAM yang pandai menjaga diri.

“Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya ruh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam.”
Surah Al-Anbiyaa` (ayat 91)


4) Jangan mengajak wanita kebibir neraka dengan SMS yang mesra, panggilan sayang, hadiah, ungkapan cinta, dan pertemuan.

“Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka” Surah Al-Israa` (ayat 64)


5) Janganlah mengajak mata wanita berzina dengan memandangmu, jangan mengajak telingannya berzina dengan mendengar pujianmu, jangan mengajak tangannya berzina dengan menerima kasih sayangmu, jangan mengajaknya berzina dengan mendatangi dan berkhalwat denganmu.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” Surah Al-Israa` (ayat 32)


“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Surah An-Nur (ayat 30)


6) Setelah kamu (lelaki) mendatanginya (wanita) dan menyatakan cinta padanya adakah kamu telah bersedia mengikrar dalam sebuah PERNIKAHAN? Jika “YA” selamat bererti kamu lebih layak masuk Syurga jika di banding Ali bin Taib a.s.

“Ali pemuda kesayangan Rasulullah S.A.W yang hanya berani mengatakan cinta kepada Fatimah selepas bertahun-tahun untuk mengatakannya setelah menikah, bukan kerana dia pengecut tetapi dia adalah lelaki Kualiti Syurga”


7) Bukankah akan lebih indah apabila kamu bertemu dengan jalan yang diberkatiNya. Bukankah lebih membahagiakan apabila kamu dipertemukan dalam situasi yang diredai Allah. Bukan cuma saat menikah tetapi saat pertemuan yang juga bebas MAKSIAT .


8) PERTUNANGAN bukan lesen “L” untuk kamu bergaul bebas, berjalan bersama, berpegang tangan yang boleh mengundang Maksiat. Pertunangan setakat hanya mengikat perjanjian yang mana pihak lelaki telah bersetuju akan mengambil seorang wanita itu.



p/s: aku ambik nie dri facebook sorg hamba Allah bernama wonderpet wawa...
thanks ya... tekan like taw

1 tukang komen

08 March, 2010

~keseronokan + pengajaran~

08 March, 2010 www.tips-fb.com
Alhamdulillah...
akhirnye siap jgk assignment utk critical care module aku...
td dah antar kt cik hasnah...
lepas satu beban aku
skrg nie aku nak start prepare utk assignment cik lex plak..
memikirkan sibuk nak wat preparation nie la aku malas nak pg ke IYC utk dgr executive talk yg disampaikan oleh YBhg Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina...nasib baek jgk la Allah bukakkan pintu hati aku utk g dgr talk nie..gpon aku dah berjanji ngan sya...2 yg aku gagahkan diri utk pegi jgk tuh..tp memang bestla...memang berbaloi...e2 je summary yg aku leh buat...
korng kenal x sape datin paduka nie??




korang xkenal???
melampau nih..
Datin Paduka nie telah menjelajah ke south pole secara solo pada 2004 dan kemudiannya menjejakkan kaki ke north pole pula pd 2007...
memang kagum betul aku dgn kegigihan beliau menempuhi beberapa siri latihan lasak utk memastikan diri beliau fit enough utk menempuhi cabaran ke pole2 berkenaan..
dahlah cabaran maha hebat perlu ditempuhi bila berada di kedua2 pole tersebut...

igt lg beliau sebut cabaran terbesar di south pole adlh angin kencang yg teramat kuat hingga mampu mengangkat seorang manusia setinggi 5meter..
datin paduka sendiri dilambung angin dan terjatuh ke atas "compact snow" yg sgt keras hingga mendapat "knee dislocation"...
the amazing part is beliau terpaksa meletakkan kembali tempurung lutut itu pada tempat asal kerana masa tue beliau keseorangan ditengah2 "gurun snow"...
bayangkan betapa cekalnya hati beliau...



cabaran terbesar di north pole plak adalah thin ice..silap langkah blh terjerlus ke dalam air yg sedingin -68degree celcius..
yg peliknya, cabaran ke north pole nie dibuat walaupun pernah menghadapi kesengsaraan di south pole...

bila ditanya apa penyebab datin paduka tabah utk menempuhi cabaran nie, beliau jawab ada 3 person yg buatkan dia so inspired utk accomplish mission nie iaitu...

"me, myself and I"
terkedu aku dgr jawapan beliau..
beliau kte, klu I dah hilang semangat, beliau masih ade me & myself..
aku betul2 kagum dengan kecekalan seorg wanita yg sudah berumur 44tahun tp hatinya semuda 24tahun...tidak gentar dgn cabaran...
mmg aku impress habislah...
selama nie baca kisah beliau kat suratkhabar, xde perasaan pon
tp ble dah jumpe face-to-face n dgr pengalaman die...
I'M REALLY PROUD OF HER...




beliau mencatatkan rekod sbg 1st person in the world completed the south pole exploration alone within juz 22days..jarak perjalanannye kalau xsilap, >3000km...
beliau jgk jd ist muslim in the world completed both polar exploration..
and 1st woman in asia completed both polar exploration...

bila ditanya lagi, kenapa beliau insist sgt nak pegi north pole and south pole, beliau ckp beliau nak membuktikan satu theory psychology yg beliau cipta dinamakan M.E.P.S concept...
M-mental
E-emotion
P-physical
S-social



beliau nak buktikan bahawa keempat-empat aspek nie memainkan peranan penting dlm kejayaan seseorg...

sebagai contoh, dri segi mental, beliau dah plan nak pergi south pole tp palnning je xcukup..
emotion kne kuat..
klu rase takut2, planning 2 mesti xkan berjaya..
yela...g menjelajah ke tmpt2 cmnie, kos tinggi, risiko mati pon tinggi...
kalau mental and emotion dah as a same level tp physical xfit, xleh jgk pegi south pole 2..
so kne seimbangkan physical dgn make sure body tough...pergi gym sehari 5jam...bayangkan la...
tp klu ketiga-tiga benda nie dah seimbang tp social plak xbalance xleh jgk...
social in terms of financial and moral support kne cukup bru satu cita2 akan tercapai...

apa yg aku blaja dri datin paduka malam nie sgt bermakna...
semangat dan azam je xcukup...semua aspek kena balance bru blh berjaya..
jadi, misi aku nak kuruskan berat badan kne ikut formula nie baru blh berjaya...huhu...kire cam beliau lah sumber aspirasi aku utk kurus skrg..haha...



uish..dah bnyak aku share experience aku bertemu ngan YBhg Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir nie..cukuplah dlu setakat nie..
aku nak tidur nie..
esok aku posting pagi kt ward oncology...esok arief kte nak dtg ward anta research survey die...kne menjawab questionnaire la plak...huhu...xkesahla..yg penting dpt token...
k..ketemu lg dilain masa...
salam....... tekan like taw

0 tukang komen

07 March, 2010

RENUNGAN KISAH PEMBUANGAN BAYI...

07 March, 2010 www.tips-fb.com
salam...saya sekadar ingin mengajak anda semua merenungi keadaan sekarang...kita mengutuk hebat orang yang membuang bayi. kita katakan mereka binatang kerana sanggup membuang anak yang dikandung selama 9bulan. tetapi, cuba kita renungkan, jikalau si ibu ini binatang, kenapa dia masih sanggup membiarkan kandungannya selama 9bulan? bukannya senang utk mengandung...tapi kemudiannya bayi itu dibuang...
cuba kita renungkan, agaknya kenapa si ibu ini membuang bayi tersebut? xmungkin dia xsedikit pon xada perasaan belas kasihan kepada anak ini...
anak inilah yang menemani perjalanan hidupnya selama 9bulan, anak inilah tempatnya meluahkan perasaan, anak inilah teman bicaranya sehari-hari...
saya ingin sekali kita membincangkan topik ini bersama-sama...



mengapa kisah pembuangan bayi dikalangan orang melayu leih tinggi berbanding kaum lain? sedangkan bukannya tidak ada kes seks sebelum nikah berlaku dikalangan bukan melayu, malah lebih ramai lagi...
tapi kenapa mereka tidak membuang bayi?


jawapannya mudah, kerana masyarakat mereka boleh menerima kehadiran bayi luar nikah tersebut...
ibu bapa mereka tidak kisah membiarkan anak mereka memelihara bayi tidak sah taraf tersebut...
masyarakat mereka langsung tidak memandang jijik kepada keluarga tersebut......

tetapi kita???
masyarakat kita???
masyarakat melayu???
apa yang kita lakukan???
bila ada seorang wanita yang mengandung anak luar nikah, kita hina dia, kita caci, kita maki, kita pulaukan...
kita anggap dia perosak nama baik orang melayu (macamlah kita baik sangat)...



kenapa kita xboleh terima kesalahannya itu sebagai suatu kesalahan?
elok-elok orang tue ade niat nak memelihara anak dalam kandungannya itu, disebabkan sikap kita, mereka ambil keputusan nekad membuang anak itu...

membuang dengan cara kejam...tinggalkan di dalam tong sampah...
flush didalam lubang tandas, buang di dalam longkang...
terlalu kejam...teramat kejam....

bersama-samalah kita renungkan...
sSALAH SIAPA SEMUA INI TERJADI???
apa salahnya jika kita berlapang dada, bersikap terbuka...
menerima anak ini dan ibunya dalam masyarakat kita...
jangan dicemuh wanita yang mempunyai anak tanpa suami...
bersyukurlah kerana dia sudi memelihara anak dari persetubuhan haramnya dengan si ayah yang kemudiannya lesap, hilang ghaib entah kemana...

ubahlah stigma dan persepsi dalam masyarakat kita...
jika xmahu kes buang bayi meningkat lagi...
kerana saya percaya...
gadis2 diluar sana yang sedang mengandungkan anak luar nikah, ingin benar memelihara anak ini...
tapi, mereka takut....
mereka risau andai masyarakat memulaukan mereka...
mereka takut keluarga mereka dihina,dimaki, dicaci...
kerana itu mereka terpaksa menjadi kejam...
KEJAM TERHADAP BUAH HATI PENGARANG JANTUNG MEREKA...
KEJAM KERANA TERPAKSA MEMBUNUHMU ANAK...
MAAFKAN IBUMU SAYANG....
IBUMU TERPAKSA...

tekan like taw

1 tukang komen

06 March, 2010

Permulaan baru

06 March, 2010 www.tips-fb.com
Assalamualaikum....
keseronokkan melihat kawan2 ada bloq yg menarik dan cantik2 membuatkan aku terpanggil utk menulis di blog yang aku namakan "PENCARI CINTA". entah lah kenapa aku memilih nama nie.. mungkin sesuai dengan situasi aku sekarang nie yg sedang mencari cinta.. cinta yg aku maksudkan mungkin subjektif.. entahla...

sebelum menulis di blog nie bnyak kali jgk aku berfikir...yelah takut2 aku xcukup masa nak menulis...nanti kang terbiar begitu aje blog aku nie...x di jenguk...kerja aku skrg nie makin lama makin bertambah...

assigment critical...
assignment oncology...
assignment Professional & Personal Development (PPD)...
2 blom masuk dua buah projek yang sedang menanti n asyik pending dari hari tu..

Program Komuniti Kesihatan Remaja di Sepang...
cadangnya nak buat 19-21 March nie...
aku jadi exco program...pening jugak r nak fikir modul yang nak diberi pada remaja berkaitan "sex education"...
aku kena buat bahagian explore race tp selagi xtgk tapak kem 2 cmne selagi tulah aku xblh nak buat kerja aku...previsit plak asyik postpone jerk...nasib..nasib...

nasib baik la utk satu lagi program "Breast Cancer Campaign" aku memilih utk berada di "comfort zone"...xnak dah aku pilih jawatan besar2...penat....aku jadi exco tugas2 khas & pengangkutan...at least xdela serabut sgt otak aku...

pengalaman jd pengarah utk Kembara Siswi bulan Januari lalu banyak mengajar aku utk kurangkan aktiviti aku dalam program...kite buat keje separuh mati, orang bukan taw nak hargai...taw nak condemn ngan kutuk je...kalau suruh diorg baut program sendiri, kacau bilau jgk program diorg..."mengaku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih"...

eh..dah melalut panjang plak...konon nak intro je td..
nanti sambung lg k...
aku nak siapkan assignment critical aku nie...
Salam...
Hingga ketemu lagi... tekan like taw

0 tukang komen
Related Posts with Thumbnails

~Jom Exchange Link Dgn Pencari Cinta~