~Follow Me~

20 May, 2010

oh oh oh balik kampung......hati girang....

20 May, 2010 www.tips-fb.com
kawan2....
jangan jelez ye...
esok aku nak balik kampung...wink wink
selamat tinggal semua...
http://emo.huhiho.com
dah lama xbalik nie..
last balik kampung masa cuti raya cina aritu je...
dekat 3 bukan jgkla xbalik kampung...
eh?? korang xtaw erk kampung aku kat mana?
kampung aku diberi nama Kampung Selinsing...
terletak di daerah Kerian, Perak...
dekat jgkla dgn Taiping, Bagan Serai, Parit Buntar n paling dekat skali dgn Bukit Merah Lake Town Resort....

thanks to encik google

kat kampung aku ada sawah...tapi org kampung aku panggil bendang...
tapi tuela...aku xde simpan plak gambar kampung aku...
kampung aku cantik dan unik...
sebab ape aku kata kampung aku unik???
hurm......
majoriti penduduk kampung aku adalah dari kaum banjar..
kaum banjar nie berasal dari Banjarmasin, Indonesia...
nenek moyang diorg datang berhijrah ke Tanah Melayu sejak zaman dulu2 lagi...
muka diorg nie macam orang cina..
mata sepet dan putih...
diorg ade bahasa diorg sendiri...
tapi ramai anak muda dah reti cakap banjar lagi...
memang kalau dgr bahasa banjar nie pelik...
kalau org tua2 bersembang memang ternganga jugakla...
sebab xpaham sepatah haram pon...
http://emo.huhiho.com
tapi kalau ayat yg senang2 aku paham la jugak...
walaupon aku nie duduk kat Perak, tapi loghat pertuturan orang belah utara Perak adalah loghat utagha (utara ler)...
mungkin sebab terpengaruh ngan org Kedah kot...
so..
jgn tanya aku pasal loghat Perak...
sepatah pon aku xreti...
memalukan betul la kan??
http://emo.huhiho.com
eh...panjang pulak aku dok mengarut...
maklumlah...dah abes exam..
xyah study...
tue yg boleh mengadap laptop lelama nie...
http://emo.huhiho.com
aku akan bercuti dari esok (21/5/10) hinggalah 24/6/10...
cukup2 sebulan jek...
so...
sepanjang aku cuti nie sah2 la aku x online...
sebabnya kat umah aku xde streamyx...
nak pakai berukband pon xboleh sebab line xbagus...
so aku akan menyepi buat seketika...
bila2 aku kluar pegi CC nanti bolehla aku update blog nie...
sehingga bertemu lagi nanti...
jangan rindukan aku taw...
muaks...
http://emo.huhiho.com

p/s : balik kampung membesarkan badan...buat kerja TLDM tiap2 hari...
(TLDM: Tidur, Lepak Dan Makan)....huhu......


tekan like taw

0 tukang komen

Senggugut??? Normal atau penyakit???

www.tips-fb.com
Assalamualaikum kawan2...huhu...aku kembali berceloteh...

hari nie aku berminat nak kongsi sedikit ilmu dgn pembaca2 sekalian...tujuan buat entry nie sebab menyahut seruan lecturer aku yg menggalakkan nursing student macam aku nie utk menyampaikan ilmu yg kitorg miliki kpd public....
yela dlm seronok ber'blogging' dpt jugak kita menambahkan ilmu...
bukan utk sesiapa...utk diri sendiri jgk..
entry nie aku ambik daripada hamidarshat.com dan aku edit sikit supaya anda semua mudah faham tentang penerangan yg diberikan....

Anda sering didatangi senggugut setiap kali datang haid???

rasanya semua wanita tahu apa itu senggugut...
ada wanita yg mengalami sakit yg teramat sgt sebelum dan semasa haid tetapi ada juga yg tidak mengalami apa2 simptom....
tetapi...
pernahkah anda sedar bahawa ada senggugut yg normal dan ada juga senggugut yg disebabkan oleh penyakit ENDOMETRIOSIS...

Apa itu Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Gambar menunjukkan lokasi endometriosis selalu tumbuh

Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?

Bagaimana hal ini berlaku masih tidak diketahui dengan jelas. Tetapi ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Apakah tanda-tanda atau gangguan?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.


Apakah kesan Endometriosis kepada wanita?

Kesan yg paling ketara kepada wanita ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Bagaimana pengidap Endometriosis boleh menjadi mandul?

Sebenarnya ada beberapa penjelasan kenapa kemandulan boleh berlaku. Antaranya:
  1. penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh mengeluarkan ovum (benih).
  2. kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.
  3. kemungkinan endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia yang mematikan ovum atau embryo.
  4. endometriosis mungkin juga menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.

Keguguran juga mungkin berlaku kepada penghidap endometriosis...
Bagaimana ia berlaku masih tidak diketahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan toksik yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Hal ini menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal (trimester pertama). Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.

Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.


Pengesahan penyakit endometriosis

Endometriosis dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan adalah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.


Rawatan penyakit endometriosis

Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya, pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan hirisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.
Gambar rahim semasa pembedahan laparoscopy

Pembedahan untuk membuang rahim(hysterectomy) dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil.Tetapi,pembedahan ini hanya dilakukan kepada wanita berusia 40 tahun atau lebih. Jika penyakit itu sangat teruk, pembedahan mungkin juga dilakukan kepada wanita diperingkat usia tiga puluhan.

Gambar menunujukkan jenis2 hysterectomy yg akan dilakukan

Gambar rahim yg telah dibuang

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.


Bolehkah penyakit ini berulang?

Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun selepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan penyakit berulang adalah besar.
Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bagaimana cara utk mengelak Endometriosis?

  • Amalan mengawal makanan, iaitu dengan mengelakkan makan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing.
  • Banyakkan makan sayur- sayuran dan buah-buahan.
  • Banyakkan makan makanan dari sumber protein seperti ikan dan kacang soya.
  • Latih diri untuk menenangkan fikiran ketika mengalami gangguan emosi.
  • Gunakan berbagai kaedah untuk mengatasi stress.

Oleh itu, kita semua sebagai org perempuan mestilah sentiasa aware dgn kesihatan diri kita. Kalau terdapat simptom2 seperti di atas, cepat2lah berjumpa dgn doktor..
Apa yg kita kena igt...

"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"
tekan like taw

4 tukang komen

19 May, 2010

mak........abah.........

19 May, 2010 www.tips-fb.com


mak....

ayong mintak maaf sebab xjadi doktor macam harapan mak ngan abah...
tapi ayong akan jadi nurse...
ayong akan jaga mak, abah ngan adik2...
ayong akan jadikan mak, abah ngan adik2 orang yg paling bahagia kat dunia nie....
ayong janji...
ayong akan cuba tunaikan apa saja permintaan mak ngan abah...
sepertimana mak ngan abah susah payah tunaikan apa saja yg ayong nak selama nie...
terpaksa bergolok gadai sebab nak bagi ayong ngan adik2 sambung belajar...
mak ngan abah terpaksa duduk jauh2...
mak kat perak...
abah kat kajang...
semata-mata kerana abah nak cari duit lebih...
ayong taw bukan senang seorang isteri tinggal berjauhan dengan suami...
sedar xsedar...
dah lebih sepuluh tahun mak ngan abah dok berjauhan...
mak susah payah besarkan kami adik-beradik...
abah cuma dapat balik sebulan sekali ja...
tu pun balik sekejap...
sebab cuti abah xbanyak...
lagipun duit xbanyak nak balik selalu...
dah la terpaksa naik bas balik kampung...
kesian kat mak...
untuk tambah duit lebih...
mak buat kuih utk dijual...
mak bangun tiap2 hari pukul 2pagi sebab nak siapkan kuih...
kuih mak sedap...
selalu habis...
mak dapat tidur sekejap je...
pukul 11pagi, mak tolong maktam meniaga goreng pisang
kat depan rumah kita...
mak sentiasa sibuk...
balik rumah dah pukul 7lebih...
nak kena masak makan malam lagi...
kesian kat mak...
pukul 9 mak dah tidur...
mak tidur berdengkur...
ayong taw mak penat sgt2...
ayong kesian kat mak...
xcukup rehat..
mak selalu mengadu sakit2 badan...



abah...
ayong kesian tgk abah...
abah bukan muda lagi...
tapi abah kena kerja kuat...
abah kerja dgn pakngah kat cafe UNITEN...
abah pegi kerja pukul 7pagi...
balik pukul 11malam...
kerja abah banyak..
abah tukang masak...
abah jarang dapat duduk masa kerja...
kadang2 xsempat nak makan pon...
dah la pakngah garang...
abah selalu kena marah...
tapi abah sabar...
demi ayong ngan adik2...
abah tahan telinga...
abah diam bila pakngah maki abah...
ayong kagum ngan abah...
tapi sekarang abah dah xkerja dgn pakngah...
abah kerja ngan tauke baru...
ayong tgk abah lebih ceria bila abah cerita pasal tauke baru nie...
mungkin sebab abah dah xstress macam dulu lagi...
ayong risaukan kesihatan abah...
abah xberapa sihat...
abah ada penyakit darah tinggi...
tapi nasib baik abah dengar nasihat anak abah nie...
xlupa makan ubat...
disebabkan darah tinggi, abah selalu sakit kepala..
abah banyak bergantung pada painkiller..
kadang2 abah mengadu sakit kaki...
ayong nampak abah jalan terhincut-hincut...
kesian abah...
hanya painkiller peneman hidup abah...
abah duduk sorang2...
abah kena basuh baju sendiri...
abah kemas bilik sendiri...
mak duduk jauh...
sebab 2 abah kena berdikari...
ayong taw abah sunyi..
sebab 2 tiap2 minggu kalau abah cuti...
ayong ajak abah keluar...
walaupun kita cuma jalan2 kat kajang...
sebab kita xde kereta...
nak ke mana2 kena naik bas..
xpon jalan kaki...
tapi ayong seronok sebab ayong dapat temankan abah...
kita akan lepak tepi metro kajang sambil makan ais krim..
xpon kita makan waffle sama2...
abah memang dah taw...
itu favourite ayong...
abah mesti tanya nak aiskrim x?


mak...abah...
terima kasih kerana sanggup bersusah payah demi ayong adik-beradik...
ayong selalu menangis bila teringatkan mak ngan abah...
ayong rasa...
ayong anak yg xguna...
xdapat buat apa2 utk bantu mak ngan abah...
ayong xsabar2 nak abis belajar..
ayong nak cepat2 kerja..
ayong dah xmaw tgk mak ngan abah kerja lagi..
ayong nak mak ngan abah duduk di rumah luangkan masa bersama...
biar ayong dan adik2 yg cari duit dan jaga mak ngan abah..
ayong nak beli rumah baru utk mak ngan abah...
ayong xmaw kita duduk rumah 2 lagi..
rumah kedai kita 2 dah uzur sgt2...
bila hari hujan, terpaksa tadah besen sebab bumbung bocor...
kita duduk rumah yg lebih selesa...
ayong nak beli kereta...
nanti boleh kita pergi jalan2...
xpayah naik bas lagi...
ane yg bawak bas tu pon dah kenal kita...
sebab kita satu family 7 org naik bas...
macam nak buat rombongan...
ayong nak beli baju yg cantik2 utk mak ngan abah...
ayong nak belikan mak barang kemas banyak2...
barang kemas mak dah xada...
semua dah di gadai...
sebab xcukup duit nak tebus balik...
barang kemas mak semua hangus macam 2 je...
ayong nak bawa mak ngan abah pergi melancong...
kita pergi jalan2 ke seluruh Malaysia..
family kita xpenah melancong ke mana2 pon...
kita cuma pg jln2 kat area taiping ja...
ayong nak bawak mak ngan abah pg Mekah...
ayong xsabar2 nak tunggu mak ngan abah bergelar..
Haji Kamal & Hajah Ason..



mak...abah..
doakan ayong...
doakan adik2...
doakan kejayaan kami...
doakan agar kami xmenjadi anak derhaka...
yg lupa dan mengabaikan mak ngan abah...
doakan kita semua panjang umur..
agar dapat merasa kesenangan hidup...
mak ngan abah sabarlah...
InsyaAllah semua penderitaan kita nie akan berakhir bila ayong dah kerja nanti...
yg penting ayong doakn mak ngan abah sentiasa sihat dan dipanjangkan umur...
supaya ayong dan adik2 dapat balas jasa mak ngan abah...
walaupun ayong taw...
setinggi gunung intan berlian pon kalau ayong bagi kat mak ngan abah..
belum dapat balas segala jasa mak ngan abah pada kami semua...

mak...abah...
ayong sayang mak ngan abah...
mak ngan abah lah sumber inspirasi ayong....
idola ayong...
sumber kekuatan ayong...
doakan kejayaan ayong...








tekan like taw

0 tukang komen

sabarlah sayang............

www.tips-fb.com
sabar erk sayang....esok 1 paper je lagi...pastu dah boleh balik kampung....
yg penting jawab exam elok2 taw...
jgn hampakan mak ngan abah....
kamu adalah harapan mereka....





tekan like taw

0 tukang komen

18 May, 2010

~ in dilemma~

18 May, 2010 www.tips-fb.com
sekarang aku dalam dilemma
http://emo.huhiho.com
nak balik kampung ke nak g dengar research presentation
aku rindu sgt2 kat mak ngan adik2
ikutkan hati nak je balik sekarang
kalau la boleh terbang balik
http://emo.huhiho.com

ok
the dilemma is
research presentation 2 postpone 24hb
hari isnin next week
kalau nak g dgr presentation 2
sah2 la aku hanya blh balik 25hb
lama giler tue
xsanggup makcik
http://emo.huhiho.com

kalau xp dengar
rasa cam rugila plak
at least next sem dah ade point sket
aduyai
dah la cuti aku juz ckup2 sebulan

24hb jun aku dah kne balik KL
sebab 25hb nak g Besut
ade kem sebelum jd PC
PC 2 Pemudah Cara ye kawan2
utk minggu orientasi pelajar baru kat bangi nanti

TENSIONNYER!!!!
http://emo.huhiho.com


tekan like taw

0 tukang komen

17 May, 2010

OSCE

17 May, 2010 www.tips-fb.com
jumaat aritu aku kne OSCE...OSCE nie kita kne buat procedure...overall ade 12 station. Setiap station ade 1 procedure yg kite kne buat dlm masa 5 minit...tp sebelum 2 dia bg kita seminit utk baca soalan n plan apa nak buat...
ada jugak station di mana xyah buat procedure.....juz jawab soalan jek....
awal2 cuak gila perasaan aku...siap rasa loya2 nak muntah lagi...

tapi magik betol.....
once dah melangkah dalam skill lab 2 trus aku x gabra langsung...
rilex jek...siap boleh gelak2 lagi ngan examiner...Alhamdulillah...

pada pendapat aku......
inilah OSCE terbaik aku pernah buat...
sebab ape aku kata cam2?
aku dok usya2 markah examiner bagi kat aku...
mcm banyak tanda tick jek...
memang best r...semangat je aku melangkah ke next station

dah2…xmaw citer panjang2….

nie summary utk OSCE aritue….
1(a) – Health teaching on MDI use for children
1(b) – Antropometry
2(a) – Jawab soalan pasal Neonatal problems
2(b) – Top & Tail
3(a) – Breast Self Examination teaching
3(b) – Management of Extravasation – doxorubicin
4(a) – ETT suction (my first station)
4(b) – CVP reading
5(a) – ECG interpretation (written station)
5(b) – GCS Chart
6(a) – Vulva wabbing ngan pakaikan pad (xigt sgt nak ikat pad cmne…huhu)
6(b) – Health education on wound care and diabetic foot care

Hurm……hopefully aku boleh score dalam OSCE nie…wallahualam…
Korang doakan erk…
Agar aku menjadi jururawat yg baik…yg pandai…dan yg comey (sila muntah ye kawan2)

tekan like taw

0 tukang komen

16 May, 2010

Jadual EXAM

16 May, 2010 www.tips-fb.com
jadual exam adalah seperti berikut:
14/5/2010 - OSCE
exam paling mencuakkan aku...gabra gila bila org tengok tym kita wat procedure

17/5/2010 - PPD
lecturernya Puan Teoh, sepanjang dia mengajar dalam kelas apa pon aku xfaham...bila dok baca balik nota dia baru aku sedar benda nie rupanya yg dia dok ajar aku selama 1 sem nie...aku cuma ingat dia suka membebel ja...huhu

18/5/2010 - Critical Module
Cik Hasnah yg ajar...best...sebab aku dpt posting kat ICU, CCU and ER...
semangat aku nak study benda nie....rasa cam best ja...

19/5/2010 - Oncology Module
Cik Lex yg ajar...bolehla...asal2 aku xminat langsung benda nie tapi bila dah posting...
dah paham chemo protocol, dah tgk brachytherapy...dah taw sket2 pasal cancer...
minat pon bertambah...
tapi xleh lawan minat pada critical la...



lastly,
20/5/2010 - Home Care Module
aku xbaca apa2 pon lagi..sebabnya nota dia sikit ja..
Puan Sam pon cakap awak xbaca nota saya pon blh jawab punya..
huhu...
so aku decide malam sebelum exam baru nak pulun baca...
aku minat r home care nie coz seronok boleh p umah patient...
boleh tgk real punya lifestyle patient n boleh menyibuk bg health education pasal kebersihan rumah, kebersihan diri, makanan apa xboleh ambik...
mungkin sebab aku suka membebel that's why aku mmg sesuai menjadi home care nurse

21/5/2010 - research presentation by senior
sepatutnya dah boleh balik tp kena plak dengar benda alah nie...
hurm....terpaksalah...walaupon malas...
utk aku punya own benefit gak...
yela next sem dah kne start wat research..
boleh la belajar sket2 dri senior...
n paling penting aku plak naik jd super duper senior...
i like..

22/5/2010 - BALIK KAMPUNG
yg nie aku paling tunggu2...huhu...
xsabarnye saya...

k la...
bubye...
nak sambung study...
mmmuuuuaaaahhhh....
jumpa lagi.... tekan like taw

0 tukang komen
www.tips-fb.com
rindu kat mak...
http://emo.huhiho.com
hurm.........
http://emo.huhiho.com
xsabar nak balik kampung........
tapi kena abiskan exam dulu.....
http://emo.huhiho.com
2 yang aku sedih sangat 2...
ada 4 paper lagi menanti...
sabarlah sayang....
http://emo.huhiho.com
kejayaan pasti akan jadi milikku andai itu yg Allah inginkan...
dah2...
pegi study...
http://emo.huhiho.com
sayang kamu....
http://emo.huhiho.com tekan like taw

0 tukang komen
Related Posts with Thumbnails

~Jom Exchange Link Dgn Pencari Cinta~