~Follow Me~

28 September, 2010

~Terima Kasih Allah~

28 September, 2010 www.tips-fb.com
Assalamualaikum..........

Dah lama aku xmengupdate blog aku nie. Dah bersawang sgt2 dah. Sampai xde org nak dtg jenguk blog aku nie. Maaf kawan2 kerana dah lama juga aku xmenjenguk kalian. Kadang2 aku hanya pergi menjenguk kalian tanpa meninggalkan jejak. Entahla...Banyak benda terjadi dalam hidup aku sepanjang pemencilan aku selama nie. Terlalu bnyak sampai aku xtaw macam mana aku nak ceritakan pada korang. Aku jgk nak mintak maaf andai entry nie panjang dri biasa. Yela aku nak balas dendam dah lama xpost entry.

Aku hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t kerana telah membangunkan aku ketika aku sedang asyik lena dibuai mimpi indah yg aku xtahu rupa2nya adalah mimpi ngeri dlm hidup aku. Terima kasih Allah kerana memberikan kesempatan utk aku sedar dari lenaku yg panjang dan tidak membiarkan aku mati dlm tidur. Tiada kata2 yg mampu aku ucapkan melainkan tangisan air mata kesyukuran di atas nikmat yg Kau berikan ini Ya Allah. Terima kasih kerana menyayangi aku. Terima kasih kerana memberikanku kesempatan utk merasai nikmat hidup dalam mencari keredhaan-Mu Ya Allah.

Terima kasih juga Ya Allah kerana telah mengurniakan aku dengan seseorang yg aku agp istimewa dalam hidupku. Insan yg telah Kau utuskan utk mengejutkan aku dari lenaku yg panjang. Tamatlah sudah mimpi2 indah yg rupanya ngeri pd tersirat. Kini aku tidak lg dibuai mimpi2 indah seperti dahulu. Aku telah terjaga dan aku ingin merasai alam realiti yg rupa2nya lebih indah dari yg ku sangkakan.

Aku tidak menyangka, kawan yg ku sangkakan sahabat baik ku, teman bergurau, teman bergaduh rupanya telah lama menyimpan hati dan perasaan kepadaku. Siapalah aku utk menerima kasihmu, siapalah aku utk berada di sampingmu, siapalah aku utk bertakhta di hatimu. Tapi, aku redha. Andai engkau jodohku, kita tetap akan bersatu. Aku akan menanti detik itu. Menanti utk menjadi yg halal buatmu............

Terima kasih juga kerana telah mengejutkan aku di suatu pagi. Surat yg aku terima bertajuk "Surat Cinta Aku Padanya" telah betul2 membangunkan aku dari lena yg panjang. Ya Allah......selama ini aku terlalu alpa Ya Allah. Mendamba kasih dari manusia. Tapi aku lupa kasih cinta abadi dan suci hanya padamu. Banyak dosa yg aku buat, tapi Allah masih sayang aku. Allah masih biarkan aku bernafas dan menghirup udara ciptaan-Nya sedangkan aku terus terusan membuat dosa kepadamu Ya Allah. Aku kufur nikmat yg Engkau berikan padaku Ya Allah. Kehadiran surat itu telah benar2 menginsafkan aku Ya Allah. Selama ini aku tercari2 cinta sejatiku tetapi aku lupa, Allah lah cinta sejatiku. Kerana Allah sayangkan aku, Dia mengutuskan insan itu utk aku. Insan yg telah mengirimkan surat cinta kepadaku. Surat cinta yg telah merubah hidup aku completely.......

~Surat Cinta Aku Padanya~

Kepadanya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ya Allah,

Jika aku jatuh cinta,

Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatannku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin,

Jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,

Agar aku tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana,

Jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku padanya,

Agar tidak berpaling daripada hatiku.

Ya Rabbul Izzati,

Jika aku rindu,

Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

YaAllah,

Jika aku menikmati cinta kekasihMu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah,

Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah,

Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,

Jangan biarkan aku melampaui batas,

Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amin...

Doaku...moga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat.

Berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran yang sememangnya menguji kekuatan iman.

Kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang.

Semoga cinta yang kita hadapi dan temui ini, meletakkan diri kita di bawah payung rahmat kasih Ilahi

Insya Allah

Uhibbukafillah..........

tekan like taw

0 tukang komen
Related Posts with Thumbnails

~Jom Exchange Link Dgn Pencari Cinta~