~Follow Me~

14 October, 2010

~pelakon Yalal Chin tenat, masih terlantar di hospital~

14 October, 2010 www.tips-fb.com
Bismillah hir rahman nir rahim...........
Assalamualaikum w.b.t

Aku ada berita sedih untuk dikongsikan dengan korang semua. Baru jer balik kerja nie. Penat pon xhilang lagi. Kepada peminat drama2 tanah air mesti sgt mengenali Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Achin. Seorang pelakon drama yg dah veteran tapi masih giat berlakon.


Beliau sekarang sedang tenat dan sedang di rawat di Coronary Care Unit (CCU), PPUKM. Macam mana aku blh dpt berita nie? Kebetulan aku posting di CCU utk minggu nie dan kebetulan pulak aku yg membantu staff nurse bertugas utk menjaga Encik Yalal nie. Memang beliau dalam keadaan tenat dan doa daripada kita semua sgt2 diperlukan utk memudahkan urusannya. Jika umurnya masih panjang, kita mintak Allah sembuhkan beliau segera dan andai kata umurnya tinggal di hujung tanduk, kita berdoalah moga Allah permudahkan pemergiannya.

Sepanjang aku menjaga Encik Yalal nie, aku amat menggagumi isteri dan anak2 nya yg sentiasa ada di sisi memberi sokongan dan doa kepada beliau. Walaupun dkt CCU nie relative xdibenarkan menunggu pesakit tetapi isterinya pasti x akan miss datang melawat suaminya setiap hari. Paling mengharukan bila semalam isteri beliau tolong ambilkan wudhu' untuknya dan meminta beliau solat di dalam hati. Untuk pengetahuan korang, Encik Yalal sekarang berada dalam keadaan koma, beliau tidak langsung boleh menggerakkan anggota badan. Tetapi apabila kita bercakap dengannya, beliau akan memberi respon dengan cara mengedipkan mata dan kadang2 beliau menangis. Tak ada siapa yg tahu apa yg beliau sedang fikirkan...Wallahualam...



Semakin hari keadaan beliau semakin tenat dan isteri dan keluarga beliau juga telah dimaklumkan tentang keadaan ini agar mereka dapat menerima apa saja kemungkinan yg bakal berlaku. Aku lihat isterinya tenang menghadapi perkhabaran itu, tapi hati di dalam siapa yg tahu. Isteri mana yg x sedih tatkala melihat suaminya terlantar begitu.

Oleh itu, aku memohon korang semua utk mendoakan Yalal Chin. Semoga Allah mempermudahkan urusannya. Malam nie malam Jumaat, sambil2 baca Yassin 2 bolehla di sedekahkan kepada beliau.......


tekan like taw

8 tukang komen
Related Posts with Thumbnails

~Jom Exchange Link Dgn Pencari Cinta~