~Follow Me~

03 May, 2011

Rezeki Allah Nak Bagi

03 May, 2011 www.tips-fb.com
Awal pagi tadi member aku call bagitau duit claim research kitorang dah dapat. Pejabat kewangan bagi cek. Gembiranya rasa. Time2 aku takde duit nie tiba-tiba dapat duit terkejut. Aku tak bajet pon yang duit claim tue boleh dapat secepat nie. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Terus tipon mak suruh cancelkan transfer duit kat aku. Sebenarnya merajuk ngan adik aku sebab dah berapa hari mintak transfer duit kat akaun aku tapi dia buat-buat lambat. Bengkek jek. Mana tak bengkek, time dia nak pakai duit, bersusah payah aku meredah panas terik mentari sebab nak g bank masukkan duit untuk dia. Tapi kena time aku, berzaman baru nak dapat. Kawan aku cakap, itula beza kakak ngan adik. Kakak nie sentiasa fikir pasal adik dia, tapi adik jarang nak fikir pasal kakak. Kadang-kadang dia tak kisah pon. Wallahu alam.

Dah ter"excited" sebab dapat duit tue, terus je ajak member aku g bank. Alang-alang nak pegi pos surat sekali. Semangatla kitorang nie pegi ke CIMB Taman Maluri dengan nek teksi. Kena la dalam RM8, sebab jem kat area Jusco Maluri. Tak kisahla sebab jap lagi dapat duit. Apa la sangat lapan hengget tue. Eheh. Dah sampai kat CIMB Maluri tue, nak ambik nombor tak reti plak. Giler r macam orang ulu ja. Ye r selalu mesin yg keluar nombor giliran tue kan yang jenis standard bunyi tett tue, tup tup kat CIMB nie ade mesin touchscreen plak. Buat muka tak malu r mintak guard kat situ ajarkan. Dah semangat tunggu nombor giliran baru taw cek tu tak boleh di cashkan terus, kena masuk dalam akaun dulu. Lagi sekali nampak cam orang ulu. Malu pon ade gak. Dah tak taw nak buat camne? Kat sekolah dulu cikgu aku tak ajar cara-cara cashkan cek. Heh.

Dah pegi pulak BSN. Nie lagi satu dugaan. tak taw plak kat mana BSN kat Maluri nie. Cari-cari seb baek terjumpa. Terselamatla daripada kena pegi ke Bank Islam Jalan TAR. Kalau tak satu keje plak nak g naik LRT plak. Sampai BSN macam biasa tunggu nombor giliran. Nak dekat sejam baru nombor dipanggil. Selesai urusan,, keluar bank tengok-tengok hujan raining cat and dog kat luar. Adoyai, dugaan betul. Payung ada satu jek. Tue pon payung kecik. Sementara nak merempuh perjalanan ke Jusco tue jauh jugak. Habis lenjun. Terjumpa sorang cikgu nie kebetulan sama2 redah hujan ngan kitorang. Dia ajak kitorang g toilet kat dalam Jusco untuk keringkan badan guna mesin angin tue. Aku pon tak taw la apa nama mesin tue. Malu gila weh masuk Jusco basah2 camtue. Tebal muka.

Pastu pegi makan kat foodcourt sebab aku dah lapar giler sebab pagi tadi makan roti telur je. Abes makan g tunggu bas. Taknak nek teksi sebab mesti mahal kalau time petang2 orang balik keje nie. Ye r teksi tue nama je teksi meter tapi sebenarnya teksi minit. Teksi tak bergerak dalam jem pon meter dia naek jugak. Tue yang redho gak tue tunggu bas. Sambil sembang2 tunggu bas tue tak tersangka dah dua jam kitorang terpacak kat depan Jusco. Dalam 7:40pm baru bas sampai. Pukul 8:05pm camtue sampai rumah. Penat toksah cakap r. Terlepas aku punya program malam nie. Malam nie ada Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena exam next week. Takpala dah takde rezeki nak pegi nak buat camne kan? Buat jela sorang2 kat rumah. Same je. Cuma tak berjemaah la. Nie baru sekarang dok ngadap laptop. Malas plak rasa nak mengadap nota. Arinie cuti dari baca buku leh tak??

tekan like taw

0 tukang komen:

Post a Comment

Sudi-sudila tinggalkan komen untuk cik pencari cinta.Jangan lupa tinggalkan link blog anda supaya senang saya mengunjungi anda semula.

Related Posts with Thumbnails

~Jom Exchange Link Dgn Pencari Cinta~