~Follow Me~

16 May, 2011

OSCE

16 May, 2011 www.tips-fb.com
Dengan ini diumumkan bahawa OSCE group first dah tamat. Di saat entry nie ditulis, ade lg 12 orang kawan aku yg sedang berjuang. Untung nama aku kat atas. Cepat sikit abes. OSCE kali nie ade 11 station. Pasal aku punyer performance arinie, aku nak cakap" no comment" jek. Ala-ala Fasha Sendat gitue. Malas dah nak pikir, janji dah settle sudahla. Yang penting aku kena prepare untuk VIVA hari Rabu nie and Research Presentation Khamis nie. Slide show pon tak siap lagi. Aduh hai. Jeles dengan kawan2 di IIUM, diorang dah settle dah semua tue. Tinggal nak prepare untuk Exam LJM jer lagi. Cepatla minggu nie berakhir, tak sabar nak balik kampung.

Summary untuk OSCE hari nie (16 Mei 2011)
  1. ETT suctioning                                                                                                   
  2. Breast Self Examination (perform and teaching)
  3. Health education on Amtriptyline 100mg to Deppressive patient
  4. Fetal Movement Chart for Primigravida women with 36 weeks of pregnancy
  5. Top and Tail
  6. Immunization (injection)
  7. Feeding premature baby with Prem 24 via Ryle's Tube
  8. CBD insertion at home                                                                                      
  9. Advise on CBD care (terlupa nak ajar cara empty kan urine bag)
  10. Administration of Amlodipine 10mg orally
  11. Drug calculation (IV Tazosin)
notakukukakitangan : Selamat Hari Jururawat dan Selamat Hari Guru kepada semua Pensyarah dan CI. Terima kasih banyak2 kerana sepanjang 4 tahun nie anda telah menjaga saya dan rakan2 saya dengan baik.
    tekan like taw

    1 tukang komen

    14 May, 2011

    Cuba Nak Jadi Kreatif

    14 May, 2011 www.tips-fb.com
    Selamat pagi. Apa khabar uols? Dah sarapan? Aku macam biasa r of coz belom sarapan lagi. Aku memang jarang breakfast nie selalu bruch je terus. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Ok enough on intro.
    Korang perasan tak apa ada kat atas tue? Kat header la. Korang nie pg pandang kat mana pulak?. Nie hasil keje malam tadi la nie. Konon2 bajet dah abes exam la. Tak sedor diri betul. Padahal ade banyak benda lagi tak settle. Semalam aku memang tak study langsung. Dok try maen2 ngan Adobe Photoshop nie. Aku nie tak kreatif so aku punya design simple jer la. Tak taw nak letak gambar ape. Mintak tolong kat Mr. Google pon cam tak membantu sangat jek. Tapi dapat jugek la hasilkan tiga designs. Kira okla tue bagi amatur macam aku yg baru nak berjinak2 nak jadi kreatif nie kan??


    Tema Cupcake

    Tema colourful stripe

    Tema takde tema

     Tampal2 huruf

    Aku Bukan Blogger Popular

    notakukukakitangan: ade ke sesape di antara korang yg nak mintak aku tolong buatkan header? Tapi design cincai camnie jerla. Kalau ade idea boleh jer bagitau. Aku tolong buatkan free jek. Nak tak? Ape? Tak nak? Tak nak sudah...

    tekan like taw

    4 tukang komen

    12 May, 2011

    Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    12 May, 2011 www.tips-fb.com
    Tanggal dua belas bulan lima dua ribu sebelas. Merdeka! Merdeka! Tetaplah Merdeka! Ia pasti menjadi sejarah. Wah, nampak tak bertapa excitednya aku hari nie. Mana tak excited. Written exam dah settle. Ceh baru abes written exam dah nak laungkan kemerdekaan. Ada banyak exam lagi la tak settle. Isnin minggu depan OSCE, hari Rabu kalau nasib tak berapa baik kena panggil pegi VIVA pastu hari Khamis Research Presentation. Ape? Bestla pastu boleh merdeka? Berangan la. 15 Jun ada lagi satu exam la. Exam LJM untuk ambik lesen jururawat punya. 
    Exam hari tue macam mana? Oh, senang jer. Sure aku boleh pass dengan flying colours. Heh. Ingat exam tue macam goreng cekodok ke? Mestila susah dan semestinya la aku tak ade confident untuk mendapat markah yang terbaik. Lagi maw tanya ka? Ceit.

    Paling tak best bila hari jadi aku (11 Mei) jatuh pada hari menjawab paper management yang sangat unexpected dan susah tue. Sedih taw. Patutnye hari berbahagia camtue mood pon kena la ceria tapi dah jadi mandom plak sehari suntuk. Seb bek dapat call free, boleh la jugak menghiburkan hati yg lara dengan menghubungi insan2 yg tercinta. Heh. Dah namanya exam mesti la unexpected ye dak? Kalau soalan boleh expect apa pekdahnya. Baik tak payah pg exam. Ambik je paper tue jawab kat rumah, same je dgn bukak buku sambil jawab soalan. Pastu kalau soalan exam tue senang orang tak panggil exam la bai. Apa jadah kalau soalan exam tanya "1 tambah 1 sama dengan berapa? Jawapannya 11". Sah bengong.

    Running assessment hari tue aku kena kat ward Surgery 3. Cuak gila mana taknya Surgery 3 tue ward urology. Urology nie tak banyak kes pastu mesti patient punya problem tak banyak. Takut tak boleh come out dengan nursing diagnosis jer. Nasib baek la aku dapat case Bladder Ca. Banyak gak la problem yg boleh dibuat nursing diagnosis. Nak taw sape aku punya examiner? Aku dapat Puan Teoh. Orang lain semua kena tanya pasal pathophysiology of disease ngan medication segala bagai tapi kitorang yg dengan Puan Teoh tak kena tanya apa2 pon. Dia cuma komen pasal nursing diagnosis jek. Malas aku nak komen part nie tapi harap sangat aku dapat score dengan baik. Oklah, summary of the exam questions are as follow.

    Law and Ethics (10/5/2011)
    1. Telling truth or honesty (white lies)
    2. Patient ask to increase analgesic cocktail dose so that she can die. Your action when facing this situation
    3. Can Miss N sue K Medical Centre for negligence done by Nurse R (extravasation after chemo drug infusion)
    4. Consent
    5. Exception to disclose patient's information
    Management (11/5/2011)
    1. One conflict style with advantages and disadvantages
    2. Resolving conflict between ward manager and staff nurse
    3. Meaning of effective leader
    4. Clear vision 
    5. Importance of establishing standard and measuring performance in controlling
    Gerontology (12/5/2011)
    1. WHO definition of ageing
    2. Implication of elderly population on Health Service and National Economy
    3. Precaution measures to prevent falls and injury at home
    4. Describe two theory of ageing 
    5. Implication of multi-disciplinary team approach
    6. Prevention of bedridden
    notakukukakitangan: Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat berusia 23 tahun. Semoga aku akan lebih matang selari dengan pertambahan usia yg dah semakin menjelang senja. Amin...
    notakukukakitanganlagi: Sila abaikan header buruk kat atas tue. Design sendiri tue tapi tak comel la.

    tekan like taw

    0 tukang komen

    10 May, 2011

    Aku hanya wanita biasa....

    10 May, 2011 www.tips-fb.com
    Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak

    Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana
    yang siap untuk kau pilih

    Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa
    yang sangat jauh dari sempurna

    Kerananya ku ingin kau tahu
    aku bukan wanita yang sempurna
    aku begitu banyak kekurangan

    Maka ketahuilah

    Kepadamu yang akan memilihku kelak

    Aku tak sebijak bonda Khadijah

    kerananya ku ingin kau tahu

    aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan

    Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku
    jangan marah padaku
    nasihati aku dengan hikmah

    karena bagiku kaulah pemimpinku
    tak akan berani ku membangkang padamu

    Duhai kau yang telah memilihku kelak

    Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu
    ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek

    Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur
    menyiapkan makan untuk kau dan mujahid mujahidah kita nanti
    ~insya’Allah~

    Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap

    Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita
    agar kau dan mujahid mujahidah kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat

    Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja
    maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana

    Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu
    bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa

    tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak
    aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga mujahid dan mujahidah kecil kita yang sedang sakit

    dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami
    maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu

    Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku
    maka tetaplah tersenyum padaku
    kerana kau adalah sumber kekuatanku

    Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak

    Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah
    ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
    menangis dan tak terkawal
    bukan kerana aku membangkang padamu
    tapi aku hanya wanita biasa

    Aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku
    tempat untuk melepaskan penatku
    dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu
    atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu
    maka bersabarlah
    yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu

    Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku

    Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
    memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya

    Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya
    tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya

    Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita
    tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku
    tegurlah aku dengan hikmah
    kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian
    dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita
    dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya
    dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi

    Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak
    Ketahuilah, aku tak secerdas Siti Aisyah
    Maka jangan pernah bosan mengajariku
    membimbingku ke arah-Nya
    walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh
    tapi jangan pernah letih mengajariku

    Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
    bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih

    Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah
    Bimbing tanganku ke JannahNya
    agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya

    Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku

    Seiring berjalannya waktu
    kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah
    akan menipis dan memutih
    Kulitku yang bersih akan mulai kerepot
    Tanganku yang halus akan menjadi kasar

    Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik
    yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu
    Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu
    Maka jangan pernah berpaling dariku

    Kerana satu yang tak pernah berubah
    bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah
    iaitu rasa cintaku padamu

    Ketahuilah
    Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya
    telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu

    Maka, cintailah aku
    dengan apa adanya aku
    Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna

    Maafkan aku kerana aku bukan puteri

    Aku hanya wanita biasa....

    Terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalan-Nya

    Semoga kita sama-sama bahagia hingga ke syurga

    notakukukakitangan : tadi terbaca satu note kat facebook tentang nie....sedih dan terharu...
    tekan like taw

    4 tukang komen
    Related Posts with Thumbnails

    ~Jom Exchange Link Dgn Pencari Cinta~