~Follow Me~

29 August, 2010

orang yg tak makan sayur tak boleh baca!!!

29 August, 2010 www.tips-fb.com
Assalamualaikum........
dah lama rasanya aku xmengupdate entry. Tiba2 je rasa malas plus dgn internal problem yg lain (chewah). Entry kali nie aku nak cerita pasal sayur-sayuran atau lebih tepat lg ulam-ulaman. Kenapa tiba2 nak cerita pasal ulam?? Aku suka makan ulam. Kalau ade ulam dgn sambal belacan baru la selera nak makan. Aku nak tanya berapa ketul antara korang yg makan ulam? Mesti xramai kan? Dan ulam yg aku maksudkan nie bukanla ulam timun mahupun salad okeh. Setakat timun ngan ulam 2 xadventure lgsg. Maksud aku adalah ulam2 yg pahit, busuk dan xmenarik di pandangan mata korang. Berapa ketul sgt kan org yg makan ulam. Alasannya mcm org kampung la makan ulam. Busukla. Pahitla. Kesian ulam, dia telah disingkirkan hanya kerana dia busuk n pahit. Kecik ati ngan peparu ulam 2 taw.

Aku mmg suka makan ulam. Maybe sebab mak aku pon suka 'mengulam' so aku sebagai anak dara mak aku pon terikut2 jugak la makan ulam nie. Awal2 2 memang hina gila lah kt cik ulam nie. Macam2 aku kutuk beliau. Dahla busuk, huduh, pahit plak 2. Minta maaf cik ulam sebab dulu aku kutuk ko. Sekarang xdah. Sekarang aku suka makan ulam. Xkisah la org nak kata aku xmoden ke kampung ke hape ke sebab aku makan ulam. Yg penting aku rela dihina demimu cik ulam. Ekceli aku tulis entry nie sebab nak gtaw korang yg selalu hina cik ulam nie bahawasanya cik ulam nie xlah teruk sgt. Walaupun dia buruk, busuk dan pahit tapi khasiat dia bnyak. Daripada korang sibuk makan supplement sana sini baik la korang makan ulam. Walaupun aku nie future nurse to be tp aku mmg seriesly xpecaye lgsg pd supplement2 nie. Sebab aku pecaya kalau benda 2 ko boleh ambik trus dri makanan buat ape susah2 ko nak pg telan pill plak. Dahla mahal, xbest plak 2 sebab aku xsuke telan ubat....huhu...

Antara ulam2 feveret aku adalah seperti dibawah. Aku nak cerita khasiat dia sekali sebab aku nak korang sedar betapa bernilainya ulam2 nie. Lepas korang dah sedar diri, aku harap korang pon akan lebih menyayangi ulam2 nie n stop dari hina dia lagi..hehe...kira macam berkempen la..

"SAY YES TO ULAM"


petai

Aku taw korang paling xsuka petai sebab dia busuk. Lepas makan je confirm mulut berbau, kentut pon busuk. Lepas makan petai mmg segan giler lah nak pg public toilet, sebab bau dia sure harum semerbak sampai 1km pon still boleh bau lagi. Bak kata lecturer aku, org yg makan petai nie "anti-social" sebab mmg ko terpaksa duduk jauh dari org sbb mulut ko bau longkang. Tapi, aku xkisah semua 2. Petai nie sedap. Nak2 kalau buat sambal udang ngan petai. Pergh mak mertua lalu pon boleh xperasan.

kecur air liur aku tgk sambal nie...

petai nie walaupun busuk dan pahit tp khasiatnya adalah

  1. Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.
  2. Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.
  3. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
  4. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
  5. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi
    masalah kegemukan.
  6. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.
kacang botor/kacang botol/kacang kelisa

yg nie pon aku suka jugak. Kacang botor nie xpahit, xbusuk dan bentuk dan warnanya pon menarik. Kira macam xde alasanla nak menolak drpd makan kacang botor nie. Aku suka makan mentah tapi ade setengah org suke bt kerabu or goreng dgn telur. Pon sedap jugak. Khasiatnye pulak:

Ia mengandungi protein, kalsium,besi dan vitamin A. Nilai kandungan protein yang terdapat pada kacang botor lebih tinggi berbanding dengan sayuran kekacang yang lain.
Malahan kacang botor juga digunakan dalam kaedah perubatan tradisional. Bagi mereka yang diserang demam campak, daun kacang botor yang direbus boleh disapukan bagi melegakan pesakit..
Akar kacang botor yang ditumbuk lumat digunakan untuk mengubati penyakit vertigo.


daun cekur

Daun cekur nie sedap. Rasanya xpahit n paling penting xbusuk. Rasa dia macam manis2 sket. Maybe sebab 2 kadang2 org panggil cekur manis. Khasiat dia plak:

Sebagai ulam hebat, daun cekur manis mengandungi banyak provitamin A karetenoid terutama pada daun yang baru dipetik dan masih segar. Malah cekur manis juga mengandungi vitamin B,C, protein dan juga mineral. Sesuatu yg anda perlu tahu,, kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.
Dalam perubatan tradisional, cekur manis sering disarankan kepada ibu2 mengandung khususnya untuk memperbanyakkan susu selepas melahirkan anak. Carnya ialah dengan menghancurkan daunnya dan menampal pada payudara si ibu. Bukan sekadar itu, malah cekur manis yang dijuskan juga paling mujarab untuk mengubati sakit mata dan meredakan demam dan panas badan.


pegaga

Pegaga nie ada bnyak jenis. Tapi aku xigt sgt la cuma yg aku igt satu yg daun dia bergerigi mcm pic kt atas nie n satu lg daun dia bulat sket. Aku hentam je dua2. Tapi kalau xsilap, salah satu jenis 2 lebih sedap. Pegaga nie xdela pahit pon. Setengah org suka bt jus tp aku xbrape suka sgt. Aku just makan mentah ngan nasik je. Heaven giler. Khasiat pegaga nie pulak:

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Pegaga jugak adalah salah satu ubat utk pandai sbb ia dpt meningkatkan ingatan seseorg.



jering

Jering nie macam adik beradik petai jugak la. Busuk, pahit dan xmenarik. Aku suka jering yg muda sbb kalau yg tua 2 lebih pahit n keras. Boleh patah gigi nak gigitnye. Hehe...tipu jela...
Buat sambal pon sedap jugak. Makan mentah lg sedap. Khasiat jering pulak:

Jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan juga C. biasanya biji jering dimakan sebagai ulam. Jering dipercayai dapat meransang pembuangan air kecil. Tetapi jika dimakan terlalu banyak jering boleh menyebabkan kesukaran membuang air kecil kerana ia mengandungi bahan toksid iaitu asid jengkolik yang boleh menyumbat pundi kencing. Jering juga dikatakan dapat mengubat penyakit kencing manis dan menurut kajian sains sebatian alkoloid dalam jering dapat meneutralkan kandungan gula dalam badan.
ulam raja

Ulam raja nie sedap sbb dia xpahit. Rasa macam makan salad je. Paling sedap cicah ngan sambal belacan makan ngan nasik panas2. Fuh, terangkat. Buat kerabu pon sodap jugak. Khasiat ulam raja pulak.

Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana
khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat
menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi
costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat
merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans
dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.


Sebenarnya banyak lagi ulam2 yg ada kt Malaysia nie cuma mungkin kita je yg xperasan. Banyak lg ulam2 yg aku suka makan tp dah xlarat dah nak letak kt cnie. Terima kasih la pd mak aku yg ajar aku makan ulam. Orang dulu2 nie memang hebat, walaupun diorg xpenah sekolah tinggi2 tp diorg taw setiap apa yg Allah ciptakan pasti ada khasiatnya. Sebab 2 mereka menghargai tumbuh-tumbuhan mcm nie. Walaupun busuk tp bnyak khasiatnya yg kita xpenah sedar selama nie. Justeru itu, aku nak menyeru pd korang semua agar sama2 la memanfaatkan apa yg ada disekeliling kita. JOM MAKAN ULAM!!
tekan like taw

8 tukang komen

24 August, 2010

first time dpt award

24 August, 2010 www.tips-fb.com
sex melayu panas
Assalamualaikum.......... Selamat berpuasa. Aku harap semua org berjaya menjalani ibadah puasa dgn jayanya serta dpt juga menambahkan amalan2 sunat yg lain. Untuk puasa tahun ini agak teruk jugak la sebab aku xdapat berterawih disurau sebabnya rasa xmampu benar nak berdiri lama mengikut imam memandangkan kesihatan pinggangku yg makin lama makin worse nih...Atoi..dugaan bulan puasa. Berterawih di rumah jela yg mampu dibuat. Entry kali nie aku nak cerita pasal award yg aku dpt dri kwn sekelas ku cik tuo. Dah lama dah tuo bg award nie tp maafla baru hari nie baru buat entry nie. Terima kasih ya tuo kerana memberikan sy award nie. Rasa seronok betul bila tuo pon aktif berblogging jugak. Ada jugak la kawan sy nak sembang pasal blogging, pasal nuffnang dlm kelas. Hikhik. Mengikut kata cik tuo, bukan aku kata k...sesapa yg telah menerima award ini di WAJIBkan utk: memberikan/tag kepada lima orang lagi
*Selepas itu , si penerima award harus meletakkan link-link berikut di blog/artikel masing-masing (kat entri tau...sape xletak kne denda)


  1. Abu Luqman
  2. Gee
  3. Suichi
  4. Akulife
  5. pencari cinta
*Sebelum kamurang letak link-link di atas , padamkan dulu link yang berada di no 1 . kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti link no 2 menjadi no 1 , link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya . Selepas itu , masukkan link kamu sendiri di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5 . ok ? paham tak . Tapi korang semua kena jujur dan adil ye dalam menjalankannya . Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul , maka jumlah backlink yang dia akan dapat ialah :-
Posisi 5 : jumlah backlink = 5

Posisi 4 : jumlah backlink = 25

Posisi 3 : jumlah backlink = 125

Posisi 2 : jumlah backlink = 625

Posisi 1 : jumlah backlink = 3,125

Menurut info dari SEO ( Search Engine Optimation ) ramai blogger telah mendapatkan 1,953 ,125 backlink dan keuntungannya . Blog korang akan mendapatkan trafik tambahan, apalagi jika ada yang meng'klik' link ke blog korang .
Selain mengeratkan persahabatan antara blogger , award ini boleh membantu untuk menaikkan trafik dan backlink ke blog korang .
[Kesimpulannya : award - dapat ramai kawan - backlink - trafik - page rank meningkat]

--> nie sume aku copy kt blog tuo jek erk...xpaham sgt sebenarnye tp aku rasa benda alah nie cam sistem piramid gak r kot...

lima org blogger yg bertuah utk dpt award dri aku adalah........jeng jeng jeng........
  1. KHAIRUNNISA
  2. cilipadi_hafizah
  3. sani
  4. pensel kontot
  5. kerdipan bintang
  6. green lady
  7. zul dan dunia
  8. ira
  9. eima xara
  10. niadeanna
p/s : xkisah la kan terlebih kan???
tekan like taw

0 tukang komen

22 August, 2010

Datin Seri Siti Nurhaliza dating ngan balak baru? Biar betik

22 August, 2010 www.tips-fb.com
Oleh kerana semalam hari sabtu so aku pon decide nak kluar ngan my Mr. Panda memandangkan abah aku keje semalam. Saje ajak Mr. Panda bukak pose sama2. Nie kira tahun pertama r kitorg berpuasa bersama tapi nak raya xleh r nak raya bersama coz aku balik kampung aku dia balik kampung dia. Apa jadah plak aku nak ikut dia balik kampung. Nak mampus ngan mak aku try r buat. Nanti mesti kluaq ayat camnie:

"Belum apa2 lagi dah gatai nak ikut jantan balik rumah. Memang pantang keturunan kita buat perangai cam2". Hang try la buat kalau nak rasa kena hambat ngan parang?".

Gulp...

Aku pon xde la gatai sgt sampai nak buat perangai camtu. Aku masih menjaga sopan santun dan adat susila org kita. Masih mengekalkan ciri2 ketimuran. Chewah. Macam harem je.

Enough about that. So semalam berangkatlah kitorg berdua ke MidValley utk berbuka puasa bersama2 walaupun sebenarnya aku lebih suka lepak kat Jalan Masjid India sbb ada bazaar Ramadhan.

Maka dudukla kitorg berdua di sebuah restoren utk menjamu selera. Gila babas punya la awal ambik seat. Pukul 6.50 dah tercongok dpn pinggan nasik tunggu waktu berbuka. Lama lagi kot nak bukak posa. Terpaksala tahan nafsu tgk makanan dpn mata. Rasa macam nak ngap time 2 jugak. Boring punya pasal plus taknak concentrate sgt tgk makanan 2 aku pon usha2 la surrounding tgk2 ada tak org2 yg aku kenal. Takut kantoi beb. Mr. Panda aku bukan utk tatapan umum k. Nanti bocor r rahsia aku.

Comel kan? Mr. Panda aku lagi comel. Sila jgn percaya.

Tengah sedap2 dok mengusha org tiba2 aku ternampak TokTi. Apa menatang plak TokTi 2? Ko nampak tikus ke? Oh Tidak! Aku nampak Siti Nurhaliza. Biar betik???
Boleh bayang x bertapa terkujat nya aku? sampai 3 question marks. Tiba2 pelbagai soalan bermain di benakku. Cewah...

  1. Apa jadahnya pulak si TokTi nie berbuka kat tempat xde kelas camnie? Orang biasa cam aku xkisah r kot setakat berbuka kat kedai cokia camnie. Tapi orang luar biasa cam TokTi haruslah berbuka kat tempat high class.
  2. Siapakah mamat bersamanya itu? Nak kata Datuk K mcm bukan sebab xde misai. Anak tiri dia kot...tapi cam pelik je. Mamat nie muka macam Hindustan sket. Hensem r jugak klu nak compare ngan Mr. Panda aku. Sila percaya =(
Aku pon mengusulkan aku punya findings kat Mr. Panda

aku : awak tgk kt belakang awk 2? Siti Nurhaliza la...

dia : ish...pelanduk dua serupa kot. Xkanla Siti dtg makan kt sini..

aku : tapi style tudung dia sama la...2 siap ade taik lalat lagi..betul la 2 Siti wak...sape laki sebelah dia 2 erk? muka mcm pelakon Hindustan jek..

dia : dah2 jgn nak jd wartawan hiburan kt cnie...biarlah dia...

aku : ish...xboleh awak...berita panas nie...glemer sy klu nanti TV3 dtg interbiu..awk xbangga ke makwe awk jd glemer? (ayat pancing cam harem)...nak kne ambik gambar nie tunjuk bukti....

dia : sayang........xpayahla...jgn sibuk hal rumah tangga org...biarlah kat dia nak keluar ngan sapa 2..kawan dia kot 2...kalau cerita awk 2 xbetul kira fitnah taw. Awak taw x ape hukum org yg memfitnah? Fitnah 2 lebih besar dri membunuh taw (sekali kne tazkirah Ramadhan la pulok)

aku : Baik...........sambil menundukkan muka tanda penyesalan..(bajet cumel)


Lepas kne lecture sedas dua aku pon diam jela and continue pandang makanan yg terhidang atas meja. Tinggal lg seminit nak azan.

Allahuakbar Allahuakbar.........

Aku pon terjaga........dah subuh rupanya. Tue la tidur lagi lepas sahur kan dah termimpi2. Mr. Panda r nie sape suruh kejut aku awal2 bangun sahur (memang terbalik sbb dia kejutkan aku bukan aku kejutkan dia. Sila abaikan statement ini). Pukul 4.30 dah kejut bangun sahur, makan sampai kul 5 pastu nak tunggu azan subuh cam lambat lagi sambung tdo jap. Xpasal2 mimpi TokTi ngan mamat Hindustan. Apa daa........

notakukukaki : len kali lepas sahur bwk2 la mengaji Quran...jgn nak bantai tdo trus lepas makan.
kan dah xpasal2 belog aku nie jd belog gossip

tekan like taw

5 tukang komen

21 August, 2010

~khasiat minum air coke @ coca cola~

21 August, 2010 www.tips-fb.com

Assalamualaikum kawan2...
Selamat Berpuasa.......
japg berbuke korang minum air ape erk?
nak minum air coke ke?
sedap jugak 2 kan?
rasa fresh je lepas 2.......
jom kita ketahui apa khasiat minum air coke nie nak tak?
yela kita asik minum je tp xpenah nak ambik taw khasiat dan kebaikan coke nie kpd kita kan?






Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?


*******************************
Anda diharap dapat mencuba eksperimen ini di rumah :

Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

*******************************

Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


*******************************

Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


*******************************

Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

*******************************

Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


*********************************

Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


*******************************

Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

*********************************

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


********************************

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

*********************************

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!


************************************

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

notakukukaki: jimat belanja aku cmnie...beli setin coke je aku dpt extra package...minuman cum pencuci....sumber Mr. Google

tekan like taw

3 tukang komen

20 August, 2010

~Dugaan bulan puasa~

20 August, 2010 www.tips-fb.com
Assalamualaikum..........
Selamat Berpuasa....
Macam mana puasa hgpa?
So far ada x hari2 yg tertinggal?
Or hari2 yg tiba2 kena gastrik pastu bukak posa?
Harap2 xdakla no..........
Harap2 suma posa cukup, bukan posa yangyok pagi2 bukak periuk........

Bulan posa cam nie setan suma kena tambat......
Kena ikat kena rantai.........
Syok la kita suma kan sebab lepas nie xdak sapa yg boleh hasutkita bt benda xelok lg.......
Yaka??
Walaupun setan xdak tp nafsu kita masih ada........
Dok jd raja selama nie........
Harap2 bulan posa nie kita jd raja nafsu bukan sebaliknya.......

Aku sebenaqnya nak test iman hgpa suma posa2 cmnie.........
Kalau hgpa rasa hgpa xkuat iman jgnla p gatai tangan scroll ke bawah na.......
Hanya orang2 yg kuat iman ja boleh scroll ke bawah........
Sesapa yg scroll ke bawah lepas nie risiko sendiri tanggung na........
Aku xmaw masuk cmpuq.......
Aku dah warning awai2.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





















notakukukaki: terliur x? jgn korang p bantai bukak posa dah la no...xpasai2 plak stgi....
aku xterliuq pon sbb masa entry nie ditulis aku tgh makan lepas bukak
posa...saja buat autopost nak bg hgpa suma terliuq...time tgh lapaq nie nasik
putih ngan kicap pon boleh terliuq kan?


tekan like taw

0 tukang komen

18 August, 2010

~KAEDAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DLM ISLAM~

18 August, 2010 www.tips-fb.com

Objektif :

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.



Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.”

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.

- Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”.

Riwayat Abu Daud

- Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

- Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu’akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

Riwayat abu Daud

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya : “Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ……(sebut nama anak)….

Gesaan Aqiqah :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu”.

Muttafaqun A’laih

Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia.

Melindungi diri dari gangguan syaitan.

- Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :

Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”.

Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka”.

- Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :

Maksudnya : “Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita”.

Riwayat Abu Daud

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah :

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.

Membersihkan diri dari kekotoran.

6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:

Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.

Imam As-Syafie berkata

“Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

Kelebihan menyusukan anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

notakukukaki: sumber dipetik tanpa di edit dari SINI

tekan like taw

0 tukang komen

16 August, 2010

~Kuala Tahan, Taman Negara Pahang~

16 August, 2010 www.tips-fb.com

Baru nak buat entry pasal Kuala Tahan walhal dah balik dekat 2minggu. Maaflah ye kwn2, mood nak menaip 2 xde plus ngan bebanan kerja plus ngan internet problem aritue. Baru arinie sempat nak post entry nie.

Aktiviti selama 3 hari 2 malam di sana sgt menyeronokkan walaupun kami semua kepenatan. Walaupun dengan budget yg sangat terhad dan terpaksa berjimat cermat tetapi pengalaman yg kami dpt di sana tak mungkin dpt dibeli di mana2. Program ini dirancang bagi memenuhi tuntutan satu subjek yg aku ambil utk semester ke-7 ini iaitu Medical Sociology.
Medical Sociology diajar oleh lecturer ku yg berkaliber iaitu Prof. Hood (Prof. Emeritus Dato' Dr. Hood Mohd Salleh) yg sgt mendalam ilmunya tentang Orang Asli (Indigenous people). Pengembaraan ke Kuala Tahan bermula pada 2/8/2010 dan kembali ke Kuala Lumpur pada 4/8/2010.

2 Ogos 2010

seawal pukul 7.30pagi kami semua bersiap menaiki bas utk ke Kuala Tahan. Driver kami pada hari ini adalah Encik Rosman dan seorg lagi yg aku lupa nak tanya namanya.

macam ragam dlm bas...ada yg kecoh ada yg jd sleeping beauty
sampai kat Jeti Kuala Tahan nak dekat pukul 1 ptg
berpenat lelah mengangkat barang dari bas ke rumah penginapan..
aku xjoin sbb sibuk uruskan hal2 check in kengkawan ngan lecturer
nie la rumah tumpangan kitorg
hostel je, murah sgt2 RM10/nite
okla 2 kan? janji selesa
petang 2 trus gerak ke taman negara
dekat je pon
kne seberang sungai
naik boat la of course
RM1/sehala/seorang

selepas selesai sesi menonton video pasal taman Negara sambung plak sesi bergambo

kanak2 ribena
malam 2 buat BBQ sekali ngan taklimat dri Prof Hood
banyak giler makanan
makan dan makan lg
pastu balik bilik tdo
simpan energy utk esok

3 Ogos 2010
bangun pagi2 buat breakfast makan ramai2
best wooo

naik boat lagi utk ke Kg. Jeram Panjang

penenpatan suku kaum Bateq

muka hepi + jakun


pagi yg damai sambil hirup udara segar

sepanjang perjalanan lebih kurang 30minit 2 aku xhenti2 memuji keindahan ciptaan Allah

cantik betul Taman Negara nie

xsangka masih ada lg tempat mcm nie

cantik + mendamaikan + jauh dri kesibukan kota

selamat mendarat
kena naik bukit sket sebelum dpt jumpa tuan tanah
antara org Bateq yg dpt aku approach
muda lg nie ha...baru 18 tahun
Aan anak Bemban
simple jek life kt cnie
xyah pk pasal nak buat assignment
sesi menemuramah Aki, warga tertua Bateq
kagum giler aku cara diorg ikat kain batik 2
kreatif


wajah-wajah Bateq
lupe plak banner yg susah payah diwarna mestila nak kne gantung kan?

demonstrasi membuat api menggunakan kayu meranti dan rotan yg digesek

sumpit yg dibuat sendiri utk dijual kpd pelancong
demonstrasi menyumpit
makan tengahari di tepi sungai

4/8/2010

Aktiviti hari nie diteruskan dgn jungle tracking dan canopy walk di Taman Negara. Macam biasa mula2 kena cross sungai naik boat.

pastu proceed dgn jungle tracking sejauh 1.5km
pancit jugak r sekejap sbb kne panjat bukit
nie gambar pokok besar yg kitorg smpat bergambar kt cnie

besar kan?
Subhanallah




cantik kan? credit 2 member aku wanie coz ambik pic yg cntik nie




Canopy Walk sepanjang 500meter klu xsalah


semua sibuk berkemas utk check out

selamat tinggal Taman Negara

ada rezeki kita jumpa lagi


notakakitangan: pic dlm entry nie kredit pada kwn2 aku. xigt dah sape yg bawak kamera hari 2...terima kasih la ye sbb sudi snap pic aku..huhu



tekan like taw

0 tukang komen
Related Posts with Thumbnails

~Jom Exchange Link Dgn Pencari Cinta~