~Follow Me~

21 December, 2012

S.A.H.A.B.A.T

21 December, 2012 www.tips-fb.com
Saya ada seorang sahabat. Saya kenal dia hanya di alam maya. Dia yang add saya dulu. Kali pertama tengok profile dia, saya dah jatuh hati. Saya rasa dia baik orangnya. Hati saya terpanggil untuk lebih mengenali dia dan berkawan dengannya. Hari demi hari hubungan kami bertambah erat hingga berlaku satu insiden di mana saya cuba untuk "menguji" dia. Malu sebenarnya buat macam tue tapi rupanya sejak insiden tue hubungan kitorang makin rapat. Bila dengan dia, saya akan jadi diri saya yang sebenar. Dialah tempat saya meluahkan perasaan dan jugak tempat "melepaskan" perasaan. Hehe. Saya selalu jadikan dia tempat melepaskan geram sebenarnya. Saya selalu marah-marah dan kata dia bongok. Kesian dekat dia. Tapi, dia sabar je dengan karenah saya. Tak pernah sekali pon dia marah saya atau keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati saya. Dia terlalu sempurna untuk menjadi sahabat saya. Kami berkongsi zodiak yang sama. Saya dan dia sama-sama zodiak Taurus. Mungkin sebab tue kami serasi. Apa yang saya suka dia pon suka jugak. And apa yang saya tak suka pon dia tak suka jugak. Saya tak suka makan kerang dan sea food yang ada cengkerang. Dia pon sama jugak. Saya tak suka makan ikan darat and dia pon sibok nak tiru saya. Hehe. Saya suka photography dan tak sangka dia pon sama. Cuma bezanya saya ada Digital Cam Olympus and dia ada EOS Canon. Nie tak boleh jadi neh, saya pon kena beli kamera cam dia jugak baru leh g photoshoot sesama. In Shaa Allah kalau ada rezeki lebih. Kami pertama jumpa dia pada 1/12/12. Cantik tarikh nie kan? Kali ketiga plan baru dapat jumpa. Pertama kali jumpa saya dah datang lambat. Maafkan saya yer. Dah jalan jem nak buat camna. Tapi awak sabar je kan tunggu saya. Dahla sampai-sampai kat KLCC tue saya terus membebel kat awak sebab penat pusing-pusing dalam Suria KLCC tue cari awak. Padahal diri sendiri yang salah baca mesej awk. Tapi awak diam je bila saya membebel. Malas nak gaduh ngan saya letuw. Sebab kalau gaduh ngan saya, mesti saya jugak yang menang kan? Hehe... Awak sabar layan karenah saya. Sampai awak kata dah penat manjakan saya. Awak cuba tunaikan segala permintaan saya. Susah payah awak p cari barang-barang yang saya mintak kan? Kesian awak... Dahla saya kuat merajuk. Tapi awak sabar je layan saya kan? Saya saje jer buat-buat merajuk sebab saya suka bila awak pujuk saya Aloloo... Ada ke nak pujuk orang camtue? Tak terpujuk pon. Hehe... Paling saya tak boleh lupa pengorbanan awak tolong saya dan family saya. Disebabkan awak, abah dapat buat Angiography. Terima kasih awak. Saya takkan lupakan segala jasa awak pada saya dan jugak family saya. Lagu S.A.H.A.B.A.T nie awak tujukan untuk saya. Ingat lagi tak? Sebenarnya saya yang patut tujukan lagu nie kat awak sebab awaklah SAHABAT SAYA SELAMANYA.... P/S: Saya sayangkan persahabatan kita. Semoga kita akan terus kekal bersahabat walaupun masing-masing dah berkeluarga nanti. And lagi satu sekarang nie saya tengah merajuk ngan awk sebab tue sejak semalam satu mesej awk pon saya tak reply. Please take note okeh. Looking forward for your message to pujuk me. Adios. tekan like taw

0 tukang komen

14 October, 2012

Suami dah tak bernafsu dengan isteri??

14 October, 2012 www.tips-fb.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 blogger sekalian...

Lama rasanya saya tak menitip sebarang khabar di blog kesayangan saya nie. Disebabkan kekangan masa mungkin. Mungkin jugak sebab saya rasa tak ada benda menarik untuk saya kongsikan disini. Walaupun sebenarnya banyak jer benda nak cerita tapi disebabkan penyakit 'M' tue dah datang, xdapek la den nak nolong cik senah oiiii......

Hari nie dok terpikir2 macam nak hapdet blog tapi tak taw plak nak cerita apa. So saya pon pegila jenjalan ke blog wajib visit setiap hari saya iaitu blog ahkak geli,terbaca la kisah yang ahkak geli kopipes dari blog hamba Allah yg mana pon tak taw tapi cerita dia buatkan saya tersentak, sedih, terkejut. Tapi, saya tak salahkan penulis tue sebenarnya kerana saya yakin apa yang dia luahkan tue adalah perasaan yang lahir dari hati dia yg dah terlalu lama memendam rasa. Hmm...jom kita baca kisah nie dulu k...

''Assalammualaikum Puan Stephanie..Recently,I came across your Blog and FB.And I saw u once in KLCC with your lucky husband and hansome Ryan.What can I say is..'wow!All men are dying for u!Your face are beautiful,fashionable,voluptious body and sexy even dalam T-shirt!Okay,let me introduce myself.Im a married guy,ada anak...Actually saya dah lama memerhatikan awak since terjumpa your blog add dari blog isteri saya..I love reading your blogs,enjoy viewing at your photos..U really had a beautiful life..Jeles saya..Entah kenapa.Mungkin isteri saya tidak seperti awak.Dia biasa saja..Yelah,mungkin lelaki seperti saya memang tidak layak untuk memiliki isteri seperti awak..
Sejak melahirkan anak kami,dia berbadan agak gempal..perut memboyot.Tetapi apa kan daya,dia isteri saya kan.Cuma,saya sudah tidak berselera dengan dia..Setiap kali bersama,saya terbayangkan wanita lain.Sebab,kalau saya bersama denganya,saya rasa macam...lawak,mahu ketawa!Position agak susah sebab badan dia yang gempal,perut dia bergoyang-goyang,banyak sangat selulit,rupa dia macam kelakar..Tidak menaikkan nafsu saya langsung..Hanya sekadar untuk saya sebagai lelaki melepaskan nafsu..Apatah lagi bahagian bawah dia longgar ..
Menurut pakar,wanita berbadan gempal bawah agak longgar berbanding wanita seperti awak..tidak gempal tidak kurus..Apatah lagi,when I met you in person,wajah awak yang cantik,bahagian dada dan punggung awak adalah penambah selera semua lelaki.Isteri saya?Apa saya perlu buat?Saya tiada selera langsung..Kadang kadang saya fikir,masturbate lebih memuaskan.Kalau saya tiada anak,pasti saya sudah menceraikannya..Kadang-kadang malu nak memperkenalkan dia sebagai isteri saya pada kawan-kawan.Apakan daya...Apa yang membuatkan saya lihat pada isteri saya,dia terlalu mengongkong saya,pemarah,tidak pandai bergaya,tidak expert bab-bab memuaskan nafsu saya sebagai suami dan tidak cantik.
Sebelum berkahwin dulu saya selalu mengimpikan wanita yang cantik,bergaya walau dah beranak dijadikan isteri.Tambahan pula,dia terlalu mengharapkan saya.Sekarang ni,saya seolah-olah berserah dan kesunyian.Kadang-kadang di ofis,saya selesa berborak dengan wanita yang cantik,bergaya,bijak dan bekerjaya seperti awak..Kadang-kadang juga saya terpaksa menipu isteri saya,meeting tetapi dating..Saya tahu saya berdosa tetapi..dia tidak menjaga nafsu saya..Selama ini saya cuma mendiamkan diri dan cakap macam-macam untuk menjaga hati dia.Takkanlah saya nak cakap dia buruk/kurang menarik?Tak cinta dia?Main tak sedap?Saya tertekan.Tolong jangan sebarkan mesej saya k.Ini hanya luahan hati saya.Thanks''


Kita tak boleh nak salahkan si suami 100% dan kita jugak tak boleh kata si isteri tue yg salah. Sebabnya, si suami cuma meluahkan apa yg dia rasa (walaupun dengan cara yg salah). Si isteri pulak, mungkin disebabkan kurangnya peluang dan masa membuatkan dia hanya mengabaikan penampilan diri. Tambahan pulak, si suami yang tak pernah nak berterus terang dengan isteri lagi la si isteri nie buat tak taw jer. Dalam hati dok pikir si suami tue dah puas hati gamaknye ngan performance dia.

Sebab tue la saya terpanggil untuk membantu para-para isteri di luar sana yang mengalami masalah yg sama. Jangan tunggu sampai suami bawak surat keizinan "bukak cawangan baru" baru kita nak terngadah. Masa tue dah terlambat dah nak pg salon ke bertangas ke hape ke bagai. Masa tue nak menangis keluar air mata darah sekali pon dah takde guna.

Mulakan dari sekarang!
Pikat kembali hati suami!
Ketatkan yang longgar!
Mampatkan yang kendur!
Jadikan setiap malam adalah malam pertama anda dan suami.....

Hubungi saya sekarang:

Zuraini 017-871 5809

tekan like taw

1 tukang komen

14 August, 2012

CINTA MUKABUKU vs CINTA BUKULIMA

14 August, 2012 www.tips-fb.com
Assalamaualaikum....

Salam Ramadhan eventhough hari ahad nie dah nak raya aku rasa belum terlambat la kot nak wish selamat berpuasa. Dah lama rasanya aku tak menjenguk blog kesayangan aku nie. More than a half year I guest. Nak kata sibok, xdela sibok sangat pon...zaman student dulu lg sibok kot. Cuma bila dah kerja nie penat dia lain macam sket. Rutin harian aku, pg keja, balik keja makan tidoq. Esok sambung p keja lg. Memang xde life langsung. Sebab tue la orang kata kalau nak cari calon suami cari awai2 masa student sbb bila dah keja nie dah xde masa nak pikir pasal jodoh. Gpon mana nak cari jodoh bila dah keja nie. Zaman student dulu blh jgk la g usya2 mamat fakulti xpon HO hensem kat ward. Sekarang?? Non hado.. Nak usya doctor pe kejadahnya kalau sume yg keje kat Gleneagles tue sume baya2 bapak ngan atok aku. Haish....nasib badan....

Disebabkan desperate sangat nak mencari jodoh la sampai aku terjerat. Terjerat dengan cinta mukabuku. Eh, bukan mukabuku sgt la sbb aku kenal dia bukan kat fb. Kenal kat social network yg laen. Dah beria-ia kitorang bercinta. Memang macam nak rak la. Bila sehari xjumpa dah macam cacing kena simbah ngan ayaq hangat. Panas menggeletis. Rindu xkeruan yg teramat2. Kadang2 rasa macam aku dah kena 'mandrem' pon ada. Yang tak menahannya tue sidia pon tuduh aku 'mandrem'kan dia sbb sama2 xtahan menanggung rindu. Memang terseksa sungguh la time tue. Dia sampai sanggup dtg jumpa aku jauh2 sbb rindu sgt la kononnya. Tapi ku sangka panas sampai ke malam rupanya pukul 7 matahari dah tenggelam. Gua ingatkan lu bujang tapi apsal lu tipu gua. Lu dah kawen dah ade anak sorang dah bai. Apa kurangnya bini lu sampai lu menagih cinta dari gua? Aku stress betul la. Apsal aku asyik terkena ngan laki orang ja nie? Adoiyai nye pon. Dah ada bini tue buat la cara dah ada bini, nie yg gatal2 nak tambah cawangan tue mampu ke? Nafkah batin maybe r kot ko mampu even bini ko sepuluh pon. Tapi tang nafkah zahir tue, mampu ke?
Kalau bini sorang (singular) ko MAMPU. Kalau bini dua (plural) ko MAMPUS la jawabnye.

Kesian aku kan? Berkali2 aku asik jumpa Adam yg salah jer. Mungkin Allah nak aku menghargai Adam yang sebenarnya nanti. Tapi bila Adam yg sebenar tue nak datang? Awak, cepatla datang cari saya. Saya xtaw mana nak cari awk. Saya asik salah orang jer. Cepat la cari saya. Saya dah lama tunggu awak. Saya dah xtahan hidup macam nie. Sunyi, sepi..Saya perlukan awak dalam hidup saya. Saya dah serik cari awk. Saya takut salah orang lagi.

Moral of da story : xpayah nak percaya sangat la cinta online nie. Pembohong je lebih. Siasat dulu latar belakang orang tue sebelum bersedia memberikan cinta anda kerana "dirimu begitu berharga".

tekan like taw

0 tukang komen

21 January, 2012

AKU NAK KAHWIN!!!!

21 January, 2012 www.tips-fb.com
Aku pon tak taw lah kenapa sejak dua menjak nie hati aku melonjak-lonjak sangat nak kahwin. Dengan hampir semua kawan2 aku dah taw. Sebab hari2 aku akan keep on saying the same thing "Aku Nak Kahwin!!". Aku pon pelik kenapa tiba2 perasaan nie datang. Maybe sebab sekarang aku kerja kat Maternity Ward kot. Hari2 tgk pasangan suami isteri yg bergembira menyambut kehadiran cahaya mata membuatkan aku teringin merasai keadaan yg sama. Perasaan nie makin membuak-buak tiap kali aku tgk baby dalam perut bergerak tendang2 perut mak dia. Dalam hati aku mesti terdetik alangkah bestnya kalau dalam perut aku pon ade baby. Alangkah bestnya kalau aku ada suami yg sayang aku sekarang dan boleh tolong jaga aku. Argh..alangkah seronoknya saat tue.

Member aku cakap, orang mcm aku nie dah wajib kahwin dah. Tapi, aku bukan nak berkahwin sebab aku tak boleh kawal nafsu aku. It got nothing to do with sex. I just want somebody by my side. Dapat orang utk picit2 badan cukuplah. Haha...camne nak dapat baby kalau camtu (ok..melalut).

Sedih sangat bila hidup bujang nie. Hari cuti pon duduk rumah sorang2 mengadap lappy. Takpun g jalan2 sorang2. Hidup nie lonely sangat. Lampu kat dalam bilik nie rosak plus ngan pili kat bilik air dah loose pon terbiar macam tue jek. Kan best kalau dalam hidup aku nie ade seorang lelaki dapat tolong aku repair semua nie. Dah berhari-hari tidur dalam gelap taw. Tension!!

Aku nak kahwin. Tolonglah sesiapa kahwinlah dengan aku!!!

p/s : aku memang dah mereng

tekan like taw

1 tukang komen
Related Posts with Thumbnails

~Jom Exchange Link Dgn Pencari Cinta~