~Follow Me~

20 December, 2011

Aku Kembali.........

20 December, 2011 www.tips-fb.com
Assalamualaikum....

Dah lama blog nie xberupdate. Dah lama jugak aku tak coretkan apa2 kisah hidup aku disini. Tiba2 hari nie datang mood nak menaip. Banyak sangat benda yang dah terjadi dalam hidup aku sepanjang 4 bulan nie. Aku pon tak taw nak mulakan dari mana. Hmm...maybe i should start from the beginning.

15/6/2011
Hari nie berakhirnya exam yang aku nanti-nantikan sepanjang 4 tahun nie. LJM. Alhamdulillah. Akhirnya selesai. Walaupun aku jenis yang study lepak2 tapi so far dapatla jawab soalan LJM tue. Thanks pada kawan2 especially my friend from IIUM yg sesama study tiap2 malam utk bincang soalan2 previous. Banyak jugak soalan2 yang kitorang bincang keluar masa LJM nie. Alhamdulillah sebab Allah permudahkan.

17/6/2011
Time to go home. Gudbye KTDI. Gudbye HUKM. Sedih nak tinggalkan tempat nie. Terlalu banyak memori terpahat. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat belajar kan? Harap sangat dapat kembali berkhidmat disini.

19/6/2011
Aku dah start cari kerja. Maklumlah sekarang nie dah pegang gelaran "penganggur terhormat". Merata tempat aku cari kerja. Dari pharmacy, clinic, sampaila ke kedai makan. Sedih sgt sbb orang tak nak ambik aku keje sbb aku xde experience.

22/6/2011
Alhamdulillah. Dapat kerja di Selera Malam Terminal. Kerja kedai makan. masuk keje pukul 3 ptg then balik pukul 1 pagi. Aku dapat keje nie pon sebab menipu. Haha. Tipu sunat je. Aku bagitaw yg aku pernah keje kat cafe pakngah aku sebelum nie. Dan bercadang nak keje permanent kat sini sbb aku belajar tak tinggi. Sampai SPM jer. Huhu. Mintak maaf la bos lama. Sampai sekarang dia tak taw lagi yg aku tipu dia. Kat sini aku cuma keje 4 hari jer sbb tak tahan. Penat gila. Aku mana biasa keje kedai makan besar cmnie. Dulu tolong kedai makan bapak aku xde la sepenat nie. Macam main game dinner dash plak. Kena buat keje cepat2 sbb ramai customer dah tunggu. Keje aku adalah duduk di kaunter tengah antara dapur and meja customer. Jadi tukang buat chicken chop, fish n chip dan jugak tukang decorate makanan. Masa nie terkantoi yg aku nie xde experience keje sbb aku potong ayam utk nasik ayam tapi ayam tue turn out hancur. Nasib baik diorg tak mempertikaikan kebolehan aku. Haha. Lagipun aku berhenti sbb tak tahan sakit kaki. Yela, berdiri je sepanjang masa. Bila balik keje mesti takleh tdo sbb kaki sakit sgt2. terus aku decide nak berhenti. Dapatla gaji RM100 utk 4 hari bekerja.

27/6/2011
Hari first aku start keje kat Pasaraya Pilihan Pertama. Aku kerja sekali ngan sepupu aku. Dia jadi cashier, aku plak jadi budak "ikot bontot orang". Penat jugak r keja kat sini. Nak nak time barang banyak, jenuh nak menyusun barang. Paling sakit bila sorang pekerja takde. Terkontang-kanting la ko jaga kedai sorang2. Tapi aku rasa seronok sebab memang aku apply 100% communication skills yg aku belajar masa kat U dulu. Semua customer aku layan ngan baik taw. Tapi keja kat sini tak bertahan lama jugak. Sebulan jer aku kerja pastu aku berhenti sbb nak cari kerja lain. Yela, mana tahan nak keja situ lama2. Aku nak gak cari keja yg setimpal ngan kelulusan aku.

3/8/2011
Aku receive call from Miss Ann dari Gleneagles. Dia suruh aku datang interview hari jumaat (5/8/2011). Terkontang-kanting aku. Sempat lagi g Ipoh cari Iza hari Khamis tue utk ambik aku punya Sijil LJM. Paling sedih sebab aku terpaksa jual laptop aku sebab nak cari duit buat tambang pegi KL.

5/8/2011
Hari temuduga. Sesi temuduga pukul 1 petang. Syidah ngan Zety pon interview hari yg sama cuma diorang sesi pagi. Alhamdulillah. Dapat interviewer yg baik. Miss Mony ngan Miss Lim. Diorg tawarkan aku Daycare. Walaupun aku lebih prefer keje kat ICU tapi tak kisah lah. Janji dapat keje. janji ada income tetap tiap2 bulan. Tapi diorang kata, balik rumah dulu, dalam masa seminggu diorang akan call balik utk bgtaw dapat keje ke tak dapat. Sedih sgt bila dengar camtue. Ye r budak yg kena interview sebelum aku dapat taw hari tue jugak yg dia dapat keje tapi knp aku kena tunggu seminggu? Aku dah bajet tak dapat dah. Memang dah plan balik rumah nie nak g cari keje kilang jer.

8/8/2011
Alhamdulillah. Ada jugak rezeki aku dan family aku. Miss Elaine call aku bgtaw yg aku dapat keje kat Gleneagles as SRN. Terus mengalir air mata nie bila dia kata "Congratulation" kat aku.

9/8/2011
Buat medical checkup. Kena bayar RM65.00

15/8/2011
Start keje kat Gleneagles sebagai RN I. Aku kena antar kat Ward 3B dulu sbb Daycare tak siap lagi.

Cerita seterusnya bersambung kemudian............................


tekan like taw

1 tukang komen:

♥ p a a n i ♥ said...

panjangnye :)
syukur dpt kejee..sy ni ha still penganggur terhormat.

Post a Comment

Sudi-sudila tinggalkan komen untuk cik pencari cinta.Jangan lupa tinggalkan link blog anda supaya senang saya mengunjungi anda semula.

Related Posts with Thumbnails

~Jom Exchange Link Dgn Pencari Cinta~