~Follow Me~

29 August, 2010

orang yg tak makan sayur tak boleh baca!!!

29 August, 2010 www.tips-fb.com
Assalamualaikum........
dah lama rasanya aku xmengupdate entry. Tiba2 je rasa malas plus dgn internal problem yg lain (chewah). Entry kali nie aku nak cerita pasal sayur-sayuran atau lebih tepat lg ulam-ulaman. Kenapa tiba2 nak cerita pasal ulam?? Aku suka makan ulam. Kalau ade ulam dgn sambal belacan baru la selera nak makan. Aku nak tanya berapa ketul antara korang yg makan ulam? Mesti xramai kan? Dan ulam yg aku maksudkan nie bukanla ulam timun mahupun salad okeh. Setakat timun ngan ulam 2 xadventure lgsg. Maksud aku adalah ulam2 yg pahit, busuk dan xmenarik di pandangan mata korang. Berapa ketul sgt kan org yg makan ulam. Alasannya mcm org kampung la makan ulam. Busukla. Pahitla. Kesian ulam, dia telah disingkirkan hanya kerana dia busuk n pahit. Kecik ati ngan peparu ulam 2 taw.

Aku mmg suka makan ulam. Maybe sebab mak aku pon suka 'mengulam' so aku sebagai anak dara mak aku pon terikut2 jugak la makan ulam nie. Awal2 2 memang hina gila lah kt cik ulam nie. Macam2 aku kutuk beliau. Dahla busuk, huduh, pahit plak 2. Minta maaf cik ulam sebab dulu aku kutuk ko. Sekarang xdah. Sekarang aku suka makan ulam. Xkisah la org nak kata aku xmoden ke kampung ke hape ke sebab aku makan ulam. Yg penting aku rela dihina demimu cik ulam. Ekceli aku tulis entry nie sebab nak gtaw korang yg selalu hina cik ulam nie bahawasanya cik ulam nie xlah teruk sgt. Walaupun dia buruk, busuk dan pahit tapi khasiat dia bnyak. Daripada korang sibuk makan supplement sana sini baik la korang makan ulam. Walaupun aku nie future nurse to be tp aku mmg seriesly xpecaye lgsg pd supplement2 nie. Sebab aku pecaya kalau benda 2 ko boleh ambik trus dri makanan buat ape susah2 ko nak pg telan pill plak. Dahla mahal, xbest plak 2 sebab aku xsuke telan ubat....huhu...

Antara ulam2 feveret aku adalah seperti dibawah. Aku nak cerita khasiat dia sekali sebab aku nak korang sedar betapa bernilainya ulam2 nie. Lepas korang dah sedar diri, aku harap korang pon akan lebih menyayangi ulam2 nie n stop dari hina dia lagi..hehe...kira macam berkempen la..

"SAY YES TO ULAM"


petai

Aku taw korang paling xsuka petai sebab dia busuk. Lepas makan je confirm mulut berbau, kentut pon busuk. Lepas makan petai mmg segan giler lah nak pg public toilet, sebab bau dia sure harum semerbak sampai 1km pon still boleh bau lagi. Bak kata lecturer aku, org yg makan petai nie "anti-social" sebab mmg ko terpaksa duduk jauh dari org sbb mulut ko bau longkang. Tapi, aku xkisah semua 2. Petai nie sedap. Nak2 kalau buat sambal udang ngan petai. Pergh mak mertua lalu pon boleh xperasan.

kecur air liur aku tgk sambal nie...

petai nie walaupun busuk dan pahit tp khasiatnya adalah

  1. Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.
  2. Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.
  3. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
  4. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
  5. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi
    masalah kegemukan.
  6. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.
kacang botor/kacang botol/kacang kelisa

yg nie pon aku suka jugak. Kacang botor nie xpahit, xbusuk dan bentuk dan warnanya pon menarik. Kira macam xde alasanla nak menolak drpd makan kacang botor nie. Aku suka makan mentah tapi ade setengah org suke bt kerabu or goreng dgn telur. Pon sedap jugak. Khasiatnye pulak:

Ia mengandungi protein, kalsium,besi dan vitamin A. Nilai kandungan protein yang terdapat pada kacang botor lebih tinggi berbanding dengan sayuran kekacang yang lain.
Malahan kacang botor juga digunakan dalam kaedah perubatan tradisional. Bagi mereka yang diserang demam campak, daun kacang botor yang direbus boleh disapukan bagi melegakan pesakit..
Akar kacang botor yang ditumbuk lumat digunakan untuk mengubati penyakit vertigo.


daun cekur

Daun cekur nie sedap. Rasanya xpahit n paling penting xbusuk. Rasa dia macam manis2 sket. Maybe sebab 2 kadang2 org panggil cekur manis. Khasiat dia plak:

Sebagai ulam hebat, daun cekur manis mengandungi banyak provitamin A karetenoid terutama pada daun yang baru dipetik dan masih segar. Malah cekur manis juga mengandungi vitamin B,C, protein dan juga mineral. Sesuatu yg anda perlu tahu,, kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.
Dalam perubatan tradisional, cekur manis sering disarankan kepada ibu2 mengandung khususnya untuk memperbanyakkan susu selepas melahirkan anak. Carnya ialah dengan menghancurkan daunnya dan menampal pada payudara si ibu. Bukan sekadar itu, malah cekur manis yang dijuskan juga paling mujarab untuk mengubati sakit mata dan meredakan demam dan panas badan.


pegaga

Pegaga nie ada bnyak jenis. Tapi aku xigt sgt la cuma yg aku igt satu yg daun dia bergerigi mcm pic kt atas nie n satu lg daun dia bulat sket. Aku hentam je dua2. Tapi kalau xsilap, salah satu jenis 2 lebih sedap. Pegaga nie xdela pahit pon. Setengah org suka bt jus tp aku xbrape suka sgt. Aku just makan mentah ngan nasik je. Heaven giler. Khasiat pegaga nie pulak:

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Pegaga jugak adalah salah satu ubat utk pandai sbb ia dpt meningkatkan ingatan seseorg.



jering

Jering nie macam adik beradik petai jugak la. Busuk, pahit dan xmenarik. Aku suka jering yg muda sbb kalau yg tua 2 lebih pahit n keras. Boleh patah gigi nak gigitnye. Hehe...tipu jela...
Buat sambal pon sedap jugak. Makan mentah lg sedap. Khasiat jering pulak:

Jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan juga C. biasanya biji jering dimakan sebagai ulam. Jering dipercayai dapat meransang pembuangan air kecil. Tetapi jika dimakan terlalu banyak jering boleh menyebabkan kesukaran membuang air kecil kerana ia mengandungi bahan toksid iaitu asid jengkolik yang boleh menyumbat pundi kencing. Jering juga dikatakan dapat mengubat penyakit kencing manis dan menurut kajian sains sebatian alkoloid dalam jering dapat meneutralkan kandungan gula dalam badan.
ulam raja

Ulam raja nie sedap sbb dia xpahit. Rasa macam makan salad je. Paling sedap cicah ngan sambal belacan makan ngan nasik panas2. Fuh, terangkat. Buat kerabu pon sodap jugak. Khasiat ulam raja pulak.

Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana
khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat
menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi
costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat
merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans
dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.


Sebenarnya banyak lagi ulam2 yg ada kt Malaysia nie cuma mungkin kita je yg xperasan. Banyak lg ulam2 yg aku suka makan tp dah xlarat dah nak letak kt cnie. Terima kasih la pd mak aku yg ajar aku makan ulam. Orang dulu2 nie memang hebat, walaupun diorg xpenah sekolah tinggi2 tp diorg taw setiap apa yg Allah ciptakan pasti ada khasiatnya. Sebab 2 mereka menghargai tumbuh-tumbuhan mcm nie. Walaupun busuk tp bnyak khasiatnya yg kita xpenah sedar selama nie. Justeru itu, aku nak menyeru pd korang semua agar sama2 la memanfaatkan apa yg ada disekeliling kita. JOM MAKAN ULAM!!
tekan like taw

8 tukang komen:

khairolghani said...

sedapnya sambal udang tu..nak2 tengahari macam ni..nak kena cari buat buka puasa ni..

pencari cinta said...

@khairolghani
tapi kan lg sedap klu Mr.Kay masakkan utk kak zana sambal udang 2...

Daya said...

saya peminat ulam..
Yang pahit tu laa ubat,

pencari cinta said...

@Daya
betul 2 betul...

cik maira said...

waahhhh!
sedap sambal udang petai!!
:a

Anak Perak said...

pergh..sambal tumis udang+petai.mmg terbaik!

fatinmmj said...

hi..cik aiskrim..MEMANG peminat sayur...berilaa...apa..sja..jnis..sayur..aiskrim..akan..cube..ulam2..pntang bgi aiskrim..plg..suke!! terbaikk..ulam raja..wauu...sgt suke..huhuhu...

Anonymous said...

Ini adalah artikel bagus untuk dibaca, terima kasih untuk berbagi.

Post a Comment

Sudi-sudila tinggalkan komen untuk cik pencari cinta.Jangan lupa tinggalkan link blog anda supaya senang saya mengunjungi anda semula.

Related Posts with Thumbnails

~Jom Exchange Link Dgn Pencari Cinta~