Aku jenis orang yang 'happy go lucky'. Aku suka tegur orang (jarangla kalau orang yang aku tak kenal). Kadang-kadang aku suka cari topik untuk berbual. Aku suka tengok orang lain senyum. Aku suka tengok orang lain seronok berkawan dengan aku. Aku akan sedih kalau tiba-tiba orang tak nak cakap ngan aku. Serius aku sedih, kadang-kadang aku nangis. Aku akan fikir apa yang aku dah buat sampai orang tue tiba-tiba marah kat aku. Kadang-kadang aku tak jumpa pon jawapannya. Aku nie kadang-kadang gurau kasar. Orang tak boleh terima gurauan aku. Sebab tue kot diorang marah aku. Aku mintak maaf la erk kalau ada buat salah ngan korang-korang semua. Aku selalu tak sedar diri kalau bercakap. Gomen~~~
Aku memang tak reti nak tunjuk yang aku tak suka kat seseorang tue. Walau marah or terasa hati cam mana pon aku akan cakap jugak ngan orang tue. Sebab aku tak pandai nak buat muka or buat tak layan pada orang yang aku marah or aku terasa hati. Tapi kalau ada orang merajuk or marahkan aku, aku akan diam. Aku tak pujuk sebab aku tak pandai pujuk. Serius aku tak pandai pujuk orang. Sekali lagi Gomen~~~
Kalau orang tengok aku mesti orang fikir hidup aku nie sangatlah bahagia dan takde masalah. Sebab aku tak pernah cerita pada orang pasal masalah aku. Kadang-kadang jela aku cerita masalah aku kat dua orang member research aku. Tu pun sikit sangat ceritanya. Aku tak suka orang simpati pada aku. Lagipun aku jenis yang tak anggap sesuatu masalah tu sebagai masalah pon. Sebab aku yakin, Allah ada bersama aku. Masalah yang Allah timpakan pada kita tue sebenarnya untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kita pada-Nya. "Kenapa kita nak mengadu perbuatan Allah ke atas diri kita, pada manusia yang jauh lebih lemah?" So, jalan penyelesaian terbaik adalah dengan sabar. Sabar je terima apa sahaja dugaan dan cabaran yang datang. Dugaan tue semuanya akan menjadikan kita insan yang bersyukur dan lebih matang. Bila aku sedih, aku selalu pegang pada ayat nie:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
tekan like taw
Al-Baqarah:216
Jadi, jangan sedih-sedih lagi. La Tahzan. Ingat...Allah sentiasa bersama kita. Allah tidak tidur dan tidak lupakan kita selagi kita tidak melupakan-Nya. Adios.
Notakukukakitangan: click la link nie --> <--
SEMOGA BERMANFAT
Jadi, jangan sedih-sedih lagi. La Tahzan. Ingat...Allah sentiasa bersama kita. Allah tidak tidur dan tidak lupakan kita selagi kita tidak melupakan-Nya. Adios.
Notakukukakitangan: click la link nie --> <--
SEMOGA BERMANFAT
0 tukang komen:
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Post a Comment
Sudi-sudila tinggalkan komen untuk cik pencari cinta.Jangan lupa tinggalkan link blog anda supaya senang saya mengunjungi anda semula.