~Follow Me~

05 May, 2011

Study Biar Lepak, Result Kasi Gempak

05 May, 2011 www.tips-fb.com
Student dan exam memang tak dapat dipisahkan. Semua student akan anggap exam nie adalah satu perkara yg sangat menyusahkan dan menggangu ketenteraman hidup mereka termasuklah aku. Sape manusia pertama yang wujudkan exam nie erk? Ikutkan hati nak je g pinjam mesin masa doraemon utk ke masa lampau dan pujuk orang tue supaya tak wujudkan exam. Mesti hidup sebagai student nie tenang dan aman. Tak payah fikir pasal exam. Pegi kelas untuk belajar je. Kalau tak nak belajar pon tak pe sebab tak de exam. Orang pon tak taw kita nie bodoh ke pandai. Bila ada exam nie semua orang belajar dah jadi tak ikhlas. Baca buku hanya sebab nak lulus exam. Pegi kelas semata-mata untuk penuhkan attendance. Lepas abes exam, apa yang lecturer ajar semua lupa. Bila dah final exam macam nie, semua topik dari tahun 1 sampai tahun 4 akan ditanya semula. Mulalah kelam kabut cari nota lama2. Mulalah nak pinjam buku berlambak-lambak dekat library. (aku la tue..hehe)

Sekali lagi for this year, aku akan menduduki peperiksaan. Oleh kerana sekarang nie aku dah semester last so ade beberapa tambahan exam yang aku kena duduki. Sekarang nie pon tengah study week. (tapi tak macam study week pon kan?). Aku macam biasa la masih dengan prinsip aku

"Study biar lepak, Result kasi gempak"

Dari dulu lagi aku mengamalkan prinsip nie, Alhamdulillah keputusan takde la mengecewakan sangat walaupon kadang2 terkeciwa jugak. Huhu..Buat adik2 sila jangan tiru aksi ini dirumah ye. Ape yang penting STUDY SMART. Jangan keje dok hafal je tapi tak faham apa yang dihafal tue. Dangerous action tue taw sebabnya nanti bila soalan dah tukar ayat sikit, kita mula kompius. Ada seorang cikgu aku pernah pesan "Learn by Heart" maksudnya belajar dengan jantung hati. Fahamkan apa yang kita baca dan kemudian baru hafal. InsyaAllah kita tak akan lupa apa yg kita baca sebab kita dah ada rough idea pasal benda tue. At least, boleh la jugak menggoreng apa yg patut.

Kalau dulu2 time sekolah menengah, aku nie jenis yg jaga pantang betul2 kalau nak exam. Kadang2 rasa macam mengarut pon ada pantang larang yg aku ikut tue. Macam khurafat plak. Tapi takdela plak aku percaya kalau langgar pantang larang boleh sebabkan aku failed exam. Just precaution je. Tapi, aku rasa sebab pantang larang tue jugak aku boleh score straight As dalam SPM dulu. Tapi semua kejayaan tue daripada Allah, kegagalan kita pon dari Allah. Mak aku selalu cakap, kalau kita gagal tue bukan 100% totally kerana kita bodoh tapi mungkin jugak Allah nak duga kita. Apa yang penting kita teruskan berusaha untuk memperbaiki diri kita untuk dapatkan result yang terbaik. Eh panjang pulak membebel. Meh aku kongsikan pantang larang aku masa nak ambik exam dulu ngan korang erk. Tapi sekarang dah banyak pantang larang yg aku langgar. Maklumlah jauh dari mak, dulu mak aku yg jaga supaya aku ikut pantang larang nie.

  1. Jangan makan kepala ikan atau organ dalaman haiwan sebab makanan nie boleh melemahkan minda
  2. Jangan makan mee segera sebab mee segera nie banyak MSG yg boleh melemahkan minda jugak
  3. Jangan makan benda2 masam nanti otak boleh kecut - nie cikgu aku yg kata dan sekarang baru aku taw yg makan masam dan kecut otak takde kena mengena ~~hampeh
  4. Jangan langkah buku atau alat tulis - nanti bawak sial (kepercayaan karut yg aku reka)
  5. Jangan banyak cakap kat telefon nanti radiasi dari henfon tue boleh sebabkan kita lupa (ini fakta ok). Teringat time matrik dulu bila nak exam je aku akan guna public phone utk call mak aku sbb takut terkena radiasi henfon. Bila ingat2 balik rasa cam skema plak.
  6. Jangan suka tengok benda lagha dan melalaikan. Dulu time SPM aku tak tengok TV pon taw. Benda2 lucah lagila aku tak tengok. 
  7. Banyakkan makan protein sebab protein bagus untuk perkembangan cells otak. Banyakkan makan ikan.
  8. Banyakkan makan kekacang seperti kacang kuda dgn harapan kita boleh jadi bijak macam kuda. Ustaz aku yg cakap tapi masalahnya kuda tue bijak ke??
  9. Banyakkan makan kismis sebab kismis nie bagus untuk minda. Lagi bagus kalau dapat kismis yang dah dibacakan doa. Dulu aku selalu amalkan makan kismis ngan air Yasin.
  10. Banyakkan solat hajat dan membaca surah2 seperti Surah Yasin dan Al- Insyirah. Walau sebanyak mana pon nota yg kita baca dan hafal tapi kita tak kembali berserah pada Allah tak ade gunanya jugak. 
Yang paling penting ingat D.U.I.T - Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakkal. InsyaAllah kejayaan pasti akan jadi milik kita. Good Luck for the Exam semua. Semoga kita memperolehi keputusan yang cemerlang.

good luck Pictures, Images and Photos

tekan like taw

2 tukang komen:

padlie said...

Belajar biar faham.. jangan hafal..
kalau faham, lama kita akan ingat dia..

Entry terbaru padlie: Ada apa di IPT?

pencari cinta said...

@padlie
betul tue betul..."learn by heart"

Post a Comment

Sudi-sudila tinggalkan komen untuk cik pencari cinta.Jangan lupa tinggalkan link blog anda supaya senang saya mengunjungi anda semula.

Related Posts with Thumbnails

~Jom Exchange Link Dgn Pencari Cinta~