~Follow Me~

04 May, 2011

Saya Suka Makan Jagung

04 May, 2011 www.tips-fb.com
Assalamualaikum...

Tengok tajuk pon dah taw mesti aku punya entry hari nie pasal makanan. Aku dan makanan memang tak dapat dipisahkan umpama irama dan lagu, isi dan kuku, spanar dengan skru dan roti canai dan kuah dal. Punya la banyak 'dan'. Dan-dan tue jugak aku nak cerita pasal buah eh sayur eh buah kegemaran aku nie. Aku pon tak taw jagung nie masuk kategori buah ke sayur sebab kadang2 boleh jadi buah kadang2 plak jadi sayur. Kiranya jagung nie termasuk dalam kategori tumbuhan bisexual la kan? Ish, sempang~~~

Kenapa saya suka jagung? Kenapa saya suka jagung? Sebab dia best........
JAGUNG, KAU TETAP DIHATIKU....

Ada bermacam2 variasi makanan yg menggunakan jagung. Ada yg makan rebus camtue je dan ade jugak yg suka dipelbagaikan menjadi masakan yg delicious. Macam aku, aku suka apa saja makanan or minuman yg ade jagung. Apa saja okeh. Cakap Tulis panjang2 pon xde pekdah, jom layan gambar makanan berasaskan jagung yg aku dapat dari bapak tiri laki nenek aku nie iaitu Encik Google. Layan....

Jagung bakar. Paling penting mesti ada banyak mentega or marjerin. Mak mertua lalu sebelah pon tak perasan. Mana nak perasan, dah bukan mak mertua aku.

Cucur jagung aka cekodok jagung aka coq jagung. Aku suka yg pedas2 ade banyak bawang dan jagung. Yg paling penting cucuq nie mesti lembut sampai keesokan hari.


Cream puff. Part custard filling dia tue mesti letak banyak jagung.


Puding kastard jagung. Jagung haruslah banyak memenuhi setiap inci puding tersebut.


Corn in Cup. Preferable Nelson punya r. Tapi tak kesah pon, kadang2 homemade je benda alah nie. Paling sedap aku penah makan kat Nelson Angsana JB. Tak penah jumpa lg kat tempat lain rasa sedap camtue.


Lemang jagung. Lemak manis disukai ramai. Lemak2 lam badan pon bersukaria sama sebab bakal dapat kawan baru. Pakcik aku yg first introduce kat aku lemang jagung nie. Sedap sioottt. Nie specialty orang Johor erk?

Kesimpulannya, apa saja yg berasaskan jagung semua aku suka. Bubur jagung, air jagung, ABC taruk jagung lebih, pau jagung, air soya perasa jagung dan apa2 je yg ada jagung. Kadang2 tue rasa macam semua makanan aku nak letak jagung. Kek jagung, cheese tart jagung, masak lemak cili api jagung dan ikan cencaru sumbat jagung. Tapi kena belajar menderhaka ngan Cik Mat Gebu dulu la baru boleh kot. Boleh ke camtue?

tekan like taw

3 tukang komen:

.........cP~ said...

pc- chan... blog aku ada problem T_T eottoke?

mykhalis said...

kenapa takde pop corn??huuu

pencari cinta said...

@mykhalis
sebab pop corn xde rasa jagung yg real...xminat sgt..huhu

Post a Comment

Sudi-sudila tinggalkan komen untuk cik pencari cinta.Jangan lupa tinggalkan link blog anda supaya senang saya mengunjungi anda semula.

Related Posts with Thumbnails

~Jom Exchange Link Dgn Pencari Cinta~